Google+

oleh: yani Chocolate souffle

Chocolatesouffle

best for chocolate lover!!


Created on : 05-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yani




Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 80g coklat masakan(sweet chocolate)
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2(100ml) cwn fresh cream
  • 2 sudu besar gula
  • butter
  • aiskrim

Cara-cara

  1. Cairkan coklat. Panaskan di atas api guna double boiler. Bila coklat dah cair, tutup api dan masukkan fresh cream. Kacau sampai sebati.
  2. Penaikkan suhu oven pada 200C. Sapukan pudding cup dengan sedikit butter.
  3. Asingkan kuning dan putih telur.
  4. Masukkan kuning telur tadi ke dalam campuran coklat. Kacau sampai sebati.
  5. Ayakkan tepung ke dalam mangkuk coklat tadi. Kemudian kacau.
  6. Dalam bekas lain, pukul putih telur dan gula biar sampai bertanduk ( meringue)
  7. Kemudian masukkan meringue sikit-sikit, 2~3 kali ke dalam mangkuk campuran coklat(no.5) sambil dikacau.
  8. Akhir sekali masukkan adunan ke dalam pudding cup. Isikan penuh untuk setiap cup.
  9. Bakar selama 13~14 minit.
  10. Bila dah masak, sejukkan. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan apa-apa jenis aiskrim yg digemari

Laporan Masakan Bergambar (3)

Dscf0001
07-10-2006
My daughter tried the resepi, jadi tapi taklah mcm Yani nyer, tgk gambar tu...rase sedap
Laporan oleh: ktjish_204

ktjish_204... dah ok tu kalo dah jadi. Kalau nak gambar nampak cantik, fokus dekat pada makanan.. pilih setting yg ada gambar bunga.. dan jgn guna flash. Tak payah ambik gambar keseluruhan makan. Fokus hanya kepada beberapa biji saja. InsyaAllah gambar jadi cantik.

Chocolate_shouffle_3
10-10-2006
Without ice-cream.
Laporan oleh: F&N

wow.. cantiklah gambar chocolate souffle F&N wpun tanpa icecream..

Dscn0669
28-10-2009
projek nak habiskan cooking choc,mmg best la mkn dgn aiskrim!Tq Yani.
Laporan oleh: kakfiza

nakkkkk...



Komen (36)

05-10-2006, Suzana Said komen :

Tolong dapatkan saya satu resepi cara-cara membuat tauhu dan bebola ikan untuk saya berbuka puasa petang ini. Sekian Terima kasih dan harap maklum


05-10-2006, biyyah komen :

fresh cream ni kalau tak de bolehganti ngan apa ek?


05-10-2006, dalinnasue komen :

fresh cream tu same ke dgn whipped cream?..


05-10-2006, sufi komen :

Kak Yani, banyaknye resepi....kat bumi sakura buat ape? Resepi kak yani nampak sedap sumenye. Saya baru je terjumpe web site nih...Tq coz banyak sumbang resepi....


05-10-2006, Olah komen :

Kak Yani... nk tanye sket.. sampai bertanduk tu cam na agaknye rupe dia...


05-10-2006, yani komen :

biyyah.. tak tahulah nak ganti dgn apa.. sufi... belajar memasak :).. Olah.. sampai bertanduk tu maksudnya bila kita kaup sikit telur tu akan hasil tanduk.. atau bila kita telangkupkan/terbalikkan mangkuk, telur putih tu tak jatuh.


05-10-2006, biyyah komen :

terima kasih yani... saya tgk banyak sungguh resepi dari awak... tak pe.. saya cuba jugaklah cari fresh cream tu... harap-harap jadila....


06-10-2006, kasehlea komen :

same gak nak tanye...fresh cream camne rupe bentuk & nak beli kat mane eh?


06-10-2006, yani komen :

kasehlea.. try intai tengok kat supermarket.. bahagian dingin tmp yogurt, fresh milk dan yg seumpama dgnnya.. kalo nak ikut rupa.. lebih kurang fresh milk tapi lebik pekat dan rasanya tak sama..


06-10-2006, alamanda komen :

yani tahu x macammana nak buat kuah steambot...please


06-10-2006, yani komen :

sorry alamanda.. tak tahu la


08-10-2006, yani komen :

ktjish_204... dah ok tu kalo dah jadi. Kalau nak gambar nampak cantik, fokus dekat pada makanan.. pilih setting yg ada gambar bunga.. dan jgn guna flash. Tak payah ambik gambar keseluruhan makan. Fokus hanya kepada beberapa biji saja. InsyaAllah gambar jadi cantik.


09-10-2006, t@ik_bintang komen :

Yani, boleh tolong sayer tak?? sayer nak tahu resipi buat karipap segera...mcmmane nak kasik dier tahan lama?


10-10-2006, admin komen :

F&N terima kasih sudi share gambar fresh cream tu.. i dah letak gambar fresh cream kat resepi ni.. ada masa nanti i akan buat bahagian khas utk letak gambar2 seperti ni supaya senang org lain nak rujuk.. but sorry.. i terdelete pulak ur link tu.. :( .. minta maaf sekali lagi...


10-10-2006, F&N komen :

Ok.Tak pe.


10-10-2006, yani komen :

wow.. cantiklah gambar chocolate souffle F&N wpun tanpa icecream..


17-10-2006, maya_zakry komen :

ooOooOooO.. itu ke fresh cream, padanla tak jumpe, i carik kat fridge tesco, patut carik kat tpt kering kot...


17-10-2006, F&N komen :

bende nie bukan kat tempat kering.kalo kat tesco,kat kwsn cream cheese,sour cream,butter.ataupun,pergi kedai jual bhn bakery,tanya jurujual tue.


17-10-2006, maya_zakry komen :

huwaaaaaaa.. dah puas dah carik takde jugak, balik2 jumpe cream cheese, sour cream.. bakar tesco penang nih kang :(


19-10-2006, 12345 komen :

First time jumpe website ni...menarik..tertarik especially hasil masakn kak yani...sama jugak cam ktjish 204 ngan F&N buat,menyelerakan...memang full ngan coklat...tk pe jadik ke tak jadik ke..asal rasa sedap..itu yang utama...lepas ni boleh buat bisnes la.


09-11-2006, nsapura komen :

nak tanya sikit... saya ni baru belajar masak... pudding cup kat umah saya tu plastic nyer... sure tak leh masuk oven kan... pudding cup yg dimaksudkan ni jenis aper eh...makacih...


09-11-2006, yani komen :

guna muffin cup pun boleh.. yg jenis kertas tu..


09-11-2006, nsapura komen :

ooooo paper cup pun boleh... makacih yani.....


13-11-2006, dagang komen :

This komen for alamanda ya. I pernah buat steamboat dan kuahnya sekali. I hanya gunakan perencah pati ayam maggi. Tak payah masukkan apa-apa lagi just guna perencah tu..sebab bila dah masukkan sayuran, fish ball dll rasanya akan sedap. Cubalah ya. Cuma pastikan gunakan air mendidih masa nak masukkan perecah tu. Cubalah...


02-12-2006, Mat Gebu komen :

mmm macam nak buat laa sebab nampak mewah kan.Kalau tepi aiskrim tu bubuh sedikit fresh fruit hmm lagi laaa 5 star kan yani.... bangga tegok u pandai masak, caya lahhhh


02-12-2006, yani komen :

a'ah betullah kata u tu, mat .. kalau letak strawberi dan kiwi lagi nampak mewah kan.. boleh try ni.. tambah2 la ni dah masuk musim strawberi.. perghh.. sodap ni.. <br/> ala mat... apa kurangnya dgn u, resipi u tu pun nampak best2 je.. cuma takde gambar je lagi.. kalau dah ada gambar tu.. fuhh mesti ramai yg tergoda


05-12-2006, Mat Gebu komen :

Jangan leer puji sgt yani kang i bakar kek terus bantat..... sebab kek pun segan dgr u puji i... heheheheh.


08-12-2006, ratnamurniwati komen :

fresh cream selain dari gambar di atas, brand apa lagi yer yg boleh digunakan?


08-12-2006, mutiarazura komen :

ratnamurniwati, u kat Msia ke? Kalau ya, boleh beli brand Arla, Anchor, Emborg atau Payson (lupa nama penuh). Dekat kotak dia tulis Whipping Cream atau UHT Whipping Cream. Jangan tersilap beli 'Whip Cream', coz yg ni tak boleh buat baking. Hope that helps!


08-12-2006, ratnamurniwati komen :

mutiarazura: oooo tq sooo mmmuch!!!! mmg saya selalu nampak brand anchor tu. tp tak berani la pulak nak cuba. thanx kay....


08-12-2006, mutiarazura komen :

Welkam :-)


22-12-2006, PGA_DiMarco komen :

yani.. 2sudu besar gula tu nak wat pe? :P


01-06-2007, cherio komen :

semua resipi yg yani nak kongsi ni sedap2 belaka la


29-01-2011, nurr's cottage komen :

nak trylah..........terliur ni...tq ;)


29-01-2011, qayyum257 komen :

butter tue nk letak byk mana sist........


12-02-2011, khaz_s77 komen :

Nk try buat.... Adakah butter tu hanya utk sapu kt puding cup itu saje...??


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd