Google+

oleh: lelayong Jala emas (urat emas)

Myresepi_jala_mas

Jala emas nih buat 'pencuci mulut'..kalau buat hantaran kahwin pun kira cun gak..


Created on : 12-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lelayong




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
  • 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
  • 2-3 helai daun pandan
  • 4 cawan air
  • Daun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara

  1. Tapis kuning telur dan pukul sedikit
  2. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
  3. Angkat dan ’tos’kan.
  4. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
  5. Hidangkan
  6. p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
  7. Dsc01591
    Nih corong dari daun pisang yg lela buat

Laporan Masakan Bergambar (1)

23012010059
25-01-2010
buat jala emas ni utk puding raja.. sedap.. bertambah sedap puding tu.. susah nak cari daun pisang kat putrajaya.. buat acuan pkai daun pandan jer..
Laporan oleh: yuha_yus


Komen (20)

12-12-2007, zaliana komen :

lela, cantiknya kirai jala mas..gambar pun cantik juga


12-12-2007, lelayong komen :

time kasih kak za,bila snap gambar lela siap kena gelak,heheh..takpe, untukmu MR..


12-12-2007, princessharyati komen :

tak pernah resepi nii.. nak tanya nak mkn dgn apa ni.. (terasa bodoh lak i nii sb ketinggalan zaman)...


12-12-2007, fidadaud komen :

selama ni ingt jala mas tu mcm roti jala. hihihi.. satu2nya telur itik yg penah makan hanyalah telur masin. so, ni makan mcm tu je la ye? cantik gamba tu. lela pki kamera apa?


12-12-2007, norliza komen :

Saya dah rasa jala mas yg dik lela buat. Mmg BEST!


12-12-2007, lelayong komen :

princessharyati.. makan camtu jek, ala² jajan, hehehe..nak sedap simpan dlm fridge, bagi sejuk sikit..nanti masa gathering lela buat jala emas, tp lela pakai telur ayam kot, coz takut ada yg tak leh telan telur itik, hehehe..kalau guna telur itik, texture jala mas tuh kuat cam bee hoon..


12-12-2007, lelayong komen :

Yup fida, makan camtu jek..lela guna digi cam SONY DSC-W200.. Telur itik tuh lela order dgn kak norliza,hehehe..ahli baru MYR..selamat datang ke 'my resipi' kak liza..


12-12-2007, rabiatun komen :

princessharyati...ini salah satu makanan tradisi kelate..ade banyak lagi tapi sume berasaskan kuning telur..mcm bunga tanjung, tahi itik..and etc.semua manis..


12-12-2007, Rokiahnor komen :

kalau di Kuantan dan Pekan... jala emas ni dimasukkan sekali ke dalam puding raja..... best sangat


12-12-2007, cikgunita komen :

Saya suka ni. Kalau nak makan kena le gi kelantan. Kat sini tak de jual. Tapi rasanya tak berapa faham. Boleh ke tapis telur dengan kain. Langkah 2 tu tak faham. urai pusing keliling tu tak dapat tangkap. Kirai urat emas pun tak dapat nak bayangkan.


12-12-2007, umi_e komen :

lela... telor kuning tu nak kena pukul dulu ke? tak boleh gunakan acuan roti jala? Bab kuning telor ni umie agak kabur sikit ler...


13-12-2007, lelayong komen :

cikgunita, telur tu kena tapis dulu coz tak nak bagi berketul,so kita kena tapis dgn mengunakan kain or penapis teh (kain) dan dilurut dgn tangan sampai telur kuning tu cair ala² nak buat roti jala,lepas tapis pukul sedikit (tak perlu lama / kembang)..masa air gula tuh mendidih n berbuih halus telur yg ditapis tadi diletak dlm acuan/corong dan pusing keliling dlm air gula tadi,pusing telur tuh keliling kuali dari luar ke dalam (biar jadi cam bentuk lingkaran ubat nyamuk)..jerang sekejap terus angkat n jgn lupa toskan jala mas yg kita urai tadi..(p/s corong daun pisang tuh buat sehalus mungkin utk dapatkan hasil yg cantik, kalau lubang tuh besar, jala mas tuh jadi tebal n leper..)


13-12-2007, lelayong komen :

kak umi_e,telur kuning tu pukul sedikit lepas tapis, lela rasa kalau guna acuan roti jala mungkin jala mas tuh jadi kasar n leper..nak guna acuan roti jala boleh, tapi pastikan lubang acuan halus utk kita dapat hasil yg kecil n cantik..


13-12-2007, Ekieyna komen :

Yeah..dpt gak resipi nih..before ni penah wat..hehe..tp x jd..huahua..Nti nak try la lak..resipi lelayong:P my peberet nim..


18-12-2007, fatini_sfm komen :

akak dah rase jala mas lela ni,,sedap & cantik sangat cam tuan yg buatnyer(cantik & manis) tabik spring utk lela ...jarang orang muda cam lela pandai buat kue2 lama ni... akak bg 5 bintang utk lela...


18-12-2007, lelayong komen :

Ekieyna..Buatlah, nanti kita pakat tengok yg Ekie punya jala mas plak.. Kak Fatini, time kacih, wah bestnya lela dapat 5 bintang, hehehehe


15-02-2008, rabiatun komen :

pandai lela uraikan..nampak cantik je..gambar pun cantik sangat.xcelent...!!


23-08-2009, cligo komen :

sy budak baru n baru bljr..hehe.. nk tnya k'lela, bila msukkan telur dlm air gula.. lps tu biarkan cm tu je la ek?x pyh kacau or wat sumthing ek? hehe..sy da try wat.. tp hancussss :( help me, pleasee :) thnx.


24-05-2011, mierry komen :

macam mana saya nak order kuih jala mas nie...saya dok rawang...teringin sangat nak makan...tq


24-05-2011, mierry komen :

Klu boleh order send msg kat saya yer... 0136090919 (hamidah)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd