oleh: lelayong Telur belangkas (Taik Itik)

Telur_belangkas

Lebihan putih telur..resipi nih saya amik dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang


Created on : 12-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 15 biji telur ayam / itik – ambil putih telur sahaja
  • 200g kelapa parut – tanpa kulit ari
  • 10 helai daun pandan – dikisar bersama 1 cawan air
  • 300g gula halus ( jika tak suka manis, kurangkan ke 200g @ mengikut rasa masing-masing)

Cara-cara

  1. Ramas kelapa parut dengan putih telur dan daun pandan yang telah dikisar.
  2. Perah dan tapis-tapis dgn menggunakan kain (hasil perahan itu. Campur gula dan masak di atas api kecil.
  3. Jangan kacau selalu tetapi kikis tepi periuk @ kuali sekali-sekala supaya tidak hangus dan adunan dapat bergentil tetapi kacau sekali-sekala sehingga berminyak.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

12-12-2007, princessharyati komen :

satu lg ni.. resepi nak mkn dgn apa?.. isk2 menarik betul resepi tapi i tak pernah nak mkn ni semua.. kene tahu gak nii..hehhehe..


12-12-2007, lelayong komen :

Lupa plak..telur belangkas nih cam jala mas gak, kira kategori pemanis mulut, tp yg lela nih manis sangat, so lela makan dgn roti buat ala² kaya..lela buat nih coz lebihan putih telur yg buat jala mas tuh..try ler.. ;)


12-12-2007, umi_e komen :

Kenapa takde resepinya? Banyak kali dah clik2 tak jadi... :((


12-12-2007, umi_e komen :

ermmmmm masakan ni sure manis kan... Baru 1st time dengar kueh telur belangkas hehehehehehe :p memang telor belangkas warna hijau eekkkk????


13-12-2007, lelayong komen :

kak umi_e, memang manis,biasalah belah pantai timur memang gemar manis² ni, lela kalau balik terengganu mesti bersepah kuih muih manis, jgn smpai kencing manis sudah, hehehehe...lela tak pastilah telur belangkas tuh warna pe, lela buat resipi nih pun rujuk pada buku masakan.


17-12-2007, fatini_sfm komen :

di klate kue ni warna putih,,, nama nyer....tahi itik :)


17-12-2007, fatini_sfm komen :

di klate kue ni warna putih,,, nama nyer....tahi itik :)


19-02-2008, kuzzy komen :

dekat Pekan Phang kuih ni dihidangkan dimeja pengantin sewaktu makan beradap... baunya wangi sebab ada daun pandan.. rasanya agak manis...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu