Google+

oleh: sofinar Tosai

Tosai

Resepi dari kawan india kat sekolah .


Created on : 02-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sofinar




Bahan-bahan ( 10 keping tosai )

  • 2 cwn beras -rendam 8 jam
  • 1 cwn aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bwg besar

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan adunan spt apam tapai atau bg yang biasa buat apam lenggang macam tu la
  2. masukkan garam dan kacau rata
  3. peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
  4. culup bwg dgn minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
  5. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhan

Tag

kuih-muih

Related Recipes










Laporan Masakan Bergambar (5)

Image010
25-07-2008
sedap jugak buat sendiri tosai ni.thanks 4 da recipe..mkn ngan kari ayam best..!!
Laporan oleh: zaijulha

sodapnyer...... tima kasih cuba

Imgp0218
01-11-2008
ini dia,tadi lupa nak letak gambar
Laporan oleh: kamal77

tima kasih kamal sudi mencuba.... boleh ajar wat kuah kelapa tuuuu

Chefinyoucoconutchutney0020
02-01-2010
Masa menyediakannya: 2 minit Style: South Indian Vegetarian 4 sudu meja kelapa parut muda 2 sudu teh kacang dhal (bengal gram / chana dal)disangai 1 inci halia dibuang kulit dan dicincang 4 suduteh daun ketumbar dicincang halus 4 cili hijau dipotong halus 1 sudu teh biji sawi 1 sudu teah kacang ulunthu (black gram) ½ sudu teh serbuk hinggu (perunggaayam / asafoetida powder) 4 daun kari 1 cili merah dipatahkan kasar 2 sudu meja minyak masak l jus limau kuning untuk perisa 1. Giling kelapa parut,kacang dhal yang disangai, cili hijau, daun ketumbar dan halia sehingga jadi pes yanglumat, guna sedikit air sahaja Masukkan pes itu dalam mangkuk dan campurkan air dalam amaun yang sesuai. 2. Panaskan minyak dalam kuali tahap sederhana Tumis biji sawi tunnggu meletup. Masukkan ulunthu, cili merah, daun kari dan serbuk hinggu. Goreng sehingga ulunthu kemerahan dan campurkan pes kelapa lumat. Tambah garam dan jus limau sehingga rasa sedap.
Laporan oleh: Saifulbaharis

tq share

Pic
24-02-2011
sofinar, terima kasih share resipi.. dah buat semalam.. sedap.. tak sangka boleh buat sendiri.. boleh buat lagi - favourite suami saya..
Laporan oleh: LynnSham
Dsc09753
27-01-2013
hehehe..akhirnya dapat jugak buat..sangat suka..thank you friend...xyah la gi kedai mamak lepas ni..:)
Laporan oleh: aisyahsid82

Komen (31)

02-12-2007, ishikawa_ayumi komen :

tosai! my peberet nii!! kalo p makan kt kedai mamak, mmg cari tosai la skrg ni.. dh xpandang roti canai tuu.. eekeke.. =P em, sudilah kiranya sofinar memberitahu wani, apakah itu aluthu? saye ni budak baru belajar main masak2.. so, xpenah dgr la aluthu tu. kalo muthu samy adalah! thanks in advance ;)


02-12-2007, fieza_fwwt komen :

Wani, kalau tak silap akak, aluthu tu dia mcm dal. Tapi lagi kecik dr dal. Sebutan dia lbh kurang mcm ni -wulendhe. Hehehe.... tak yah aku nak gi bljr buat tose lagi.


03-12-2007, joayee komen :

aluthu dlm english apa ye? sapa2 yg tahu..pls tolong jawap..tq


03-12-2007, joayee komen :

lg satu sofi..cara masak cam masak lempeng ke? pan nak kene tutup tak? kene terbalikkan tak? sorry ye byk lak tanya..tq


03-12-2007, sweethoney komen :

mak mentua honey pun selalu buat tosai ni..dia ada ajar tapi dia kata letak kacang tosai mungkin tu aluthu dia cakap kalau gi kedai bagi tahu nak beli kacang buat tosai mesti kedai tu tahu hehehe


03-12-2007, Itarossi komen :

alahai..k.ita pun baru je buat tosai.Blajar dr aci cleaner kat ofis ni. Aluthu tu mcm kacang hijau tp warna putih. Mintak je kat kedai india sure dia tau. campur 1/2 st mauripan. x yah terbalikkan tp pan kena tutuplah..mcm buat lempeng. kalau adunan pekat lg sikit boleh buat idli..tp kena kukus. cubalah...


03-12-2007, ainaibu komen :

amboiiiii sedap nya ...kena cuba nih


04-12-2007, foodievege komen :

Aluthu atau ulundu tu kalau tak silap ialah dhall hitam (black chickpeas in English)


04-12-2007, julaila komen :

pernah buat dulu tapi tak berapa cantik rupanya. rasanya ada. boleh cuba sekali lagi..


04-12-2007, manja7272 komen :

hmmm....yg manja tau...org buat tosai ni pakai kacang hitam...kacang itam ni rupa dia putih..kecik2, kulit dia itam...tp yg jual kat kedai semua dh takde kulit... mungkin itulah dia aluthu...


05-12-2007, mas_2ra komen :

sedapnya.........


07-12-2007, sofinar komen :

keng kawan boleh tgk rupa aluthu dalam glossory. btl lah macm itarossi cakap tu mcm tu la buat dia.


01-04-2008, umiza komen :

makan ngan inti kelapa lagi sedap.Ada sesiapa yang tahu buat resepinya.


22-05-2008, lemonade komen :

boleh ke bagikan kita resepi kuahnya sekali. kuahnya kan lain skit drp yg biasa kita buat. tq.


29-05-2008, sofinar komen :

alamak tak tau la nak buat inti kelapa tu, kalu buat saya cicah kari aje..... nanti nak tanya cikgu india kat sekolah macamn nak buat inti kelapa tu


04-08-2008, cheflan komen :

kalau nak senang.....kahwin aje anak india. habis cerita. takyah fikir aluthu ke.....alundu ke.....


15-08-2008, IbuMai komen :

nak tanye....1/2 biji bwg beso tu diblend ngan beras ke utk buat celup minyak? kurang paham sikit....hehe


01-11-2008, kamal77 komen :

menjadi... dah lama nak buat,tapi tak tau resipi..mmg sebijik la macam kat kedai mamak..hehehe..tiap2 hujung mggu mesti buat ni...


03-11-2008, sofinar komen :

ibumai- bawang tu untuk celup minyak aje


11-12-2008, fatima_abd_kareem komen :

Aluthu tu sebenarnya 'Ulundhu' iaitu Kacang hitam yg dibuang kulit, jadi warnanya putih le. Kalau dicampur gula sedikit sebelum masak, lagi sedap. Untuk mencicah, try resepi ni: (a) Coconut chutney: tumis bawang merah, bwg putih,daun kari, cili kering, biji sawi dengan minyak sapi sikt, campur kelapa parut, santan sikit je dan jus asam sikit dan garam. (b) Tomato chutney: tumis bawang merah, bwg putih, biji ketumbar diblend, biji sawi, tomato 3 besar diblend, garam, gula merah. (c) kuah dhal: cara paaling senang ialah- tumis macam biasa + sikit biji sawi + daun kari +cili kering+ 2 sudu besar tepung dhal dicampur secawan air + kunyit, bila dah mula masak campur garam. Ok, selamat mencuba!


21-05-2009, shamira_miza komen :

Tumpang tanya boleh tak... apa itu aluthu? Tak pernah dengar la...


21-05-2009, shamira_miza komen :

Lagi satu aluthu ada jual kat luar ker?


08-09-2009, Akira2 komen :

Wat apelah korang susah sgt ngan aluthu tu. Korang gi aje kedai runcit mamak/india mintak aje kacang dal utk wat tosai dia org tau lah nak bagi. Aku suka gak wat tosai ni tp resipi dari internet dr India. Nnt klu aku ada masa aku upload ngan chutney skali. hehehe skg ni aku tgh malas.


13-09-2009, tity komen :

ni nk tryla ni tp kan kena rendm 8jamla peram lg..nmpknya sok lusa baru leh mkn tosai buatan sendri..heh..heh..xdak short cut ka?


09-04-2010, mummy86 komen :

mmg sedap.fevret aku nih...


12-02-2011, rohayadahaman74@yahoo.com komen :

bertahun mencari resepi tosai ni bru dapt saya kan cuba.....tima kasih bnyk2...apom lenggang mcm ni gak ke?


18-02-2011, d'jay komen :

mudah jer....nak cuba gak. jay mmg peminat tosai.....tk 4 d resepi


24-02-2011, mamalis komen :

kecian..alunthu tu ramai sgt tanye mgkin sbb depa dok obersea..kat jepun susah nakcari alunthu n bahan2 seangkatan tu..try je cari black chickpeas mungkin leh dapat..takpun g kedai herbs n spices ade kot..huhu...kalu kat u.k penah le jmpe kodai tu....huhhu~~~


24-02-2011, zuyiti komen :

tosai klu pekena dgn sambal sardin,,,,fuh terangkat...kwn sy kt opis yg ajar mkn ni...


07-04-2011, sakura_naruto komen :

npe saya wt tak berapa nak msam ek??


12-07-2011, ust.din komen :

macam best je tosai ni , nanti boleh cubalah buat, tq.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd