oleh: achiklie Terubuk Goreng Hitam

No picture

bagi yang menggemari ikan terubuk. tapi gambar takde lagi


Created on : 30-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 ekor ikan terubuk (sederhana besar)
  • 25 - 30 biji cili api (boleh tambah/kurangkan)
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/4 cawan air - dapatkan pati
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam , gula

Cara-cara

  1. bersihkan ikan & buang sisik. pegang kepala dan tarik ekor sehingga berbunyi. kata orang-orang tua... bagi tulangnya tak serabut.
  2. tumbuk lumat / blend kering cili padi. bawang dan kunyit hidup.
  3. lumurkan ikan dengan bahan tumbuk tadi. masukkan sedikit garam. perap ikan 1/2 jam - 1 jam.
  4. panaskan minyak dgn api sederhana dan goreng ikan terubuk tadi sehingga masak (tinggalkan bahan perap)
  5. setelah ikan masak, keluarkan minyak dari kuali (tinggalkan sedikit sahaja, ikan tak perlu diangkat).
  6. masukkan lebihan bahan perap tadi dan goreng seketika. masukkan pula air asam jawa, gula & garam secukup rasa. biarkan hingga kering sedikit dan angkat.

Tag

ikan




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu