oleh: masz_73 Asam Rebus Ikan Pari

28-11-07_0917

resipi dari MIL.. senang dan mmg sedap.. campurkan sayur dah kira 2+1.. (x payah msk sayur dah... jimat tenaga dan gas)


Created on : 28-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi masz_73




Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 8 keping (kecil) ikan pari
  • bahan-bahan utk ditumbuk *:
  • * 4 biji cili kering (potong dan direndam)
  • * 1/2 inci halia
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • garam dan serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji bendi dan 1 biji terung bulat (dipotong)
  • * sedikit belacan (jika mahu)

Cara-cara

  1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * sehingga lumat (tumbuk pakai lesung batu lagi umpph.. dari blender)
  2. Dalam periuk masukkan bahan² yang telah ditumbuk tadi bersama-sama air dan didihkan
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan mendidih sebentar kemudian barulah dimasukkan terung, bendi, garam dan serbuk perasa
  4. setelah itu barulah masukkan asam keping (jika masuk awal, sayur lambat lembut)
  5. Apabila ikan sudah masak, sayur sudah lembut, rasa asam garam sudah cukup, tutup api dan hidangkan..

Tag

ikan


Laporan Masakan Bergambar (2)

Picture_1591
25-02-2008
akak wat ikan merah...tq
Laporan oleh: junjs11

mmm.. terliur pulaks.. sedap makan musim panas² ni kan kjunjs.. neeway tq for trying!

Sdc11786
01-07-2009
cuak juga dengan lauk yang simple nih..takut papa tak suka..tapi alhamdulillah..oooppp stop..terlebih tambah nasi lah pulak..
Laporan oleh: mama kastam tioman

Komen (9)

28-11-2007, ishikawa_ayumi komen :

waaahh! ikan pari!! peberetttttku!! hehe, kaco k.masz!!! :D bak mai sepinggan! :D


28-11-2007, masz_73 komen :

kekkeke.. wani, meh ler datang umah petang ni.. (skunk kat opis), ntah² dah habis licin dek anak bujang akak yg kat umah tu... :) peberet dia ikan pari tu...


28-11-2007, mama_myvi komen :

hehehe.. kak masz, meleleh ayer liyur ni nengoknya. panas2 cam ni mmg sedap ler... mmmm


30-11-2007, masz_73 komen :

ikin, bila akak balik jer dr opis, tgk dlm periuk, yg byk tinggal sayur jer..ikan dah x byk... anak jantan dah makan lebih daa... :)


12-04-2008, salehhin komen :

Bendi tu cari yang muda baru sedap, kalau bendi yang tua pasti tak hadam bagi yang tak ada gigi ha ha haaaaa....


29-10-2008, matganu komen :

memang sedap..meleleh air liuq aih..


08-12-2010, wany_nuar komen :

cmner nak tau ikan pari tu xbau hancing eh?


24-02-2011, aimanismanadia komen :

hm...nk gak try...sedap ke?...hubby lak beli ikan pari bnyk gile..mkn bedue je..hm...tu lah nak carik idea nk masak ape...


07-04-2011, umilinda komen :

wany_nuar,Biasanya kalo kita tak nak ikan pari bau hancing kita basuh dgn air beras kalo still bau lagi,kita rendam/lumur ngan asam jawa.. Cuba la... :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu