oleh: akakmai Kerabu Mangga

Kerabumangga

asal dari Thai kutt..ntah ler. masa buat terpulang pd kecepatan anda.


Created on : 03-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2-3 makan )

  • 5 biji mangga muda.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 biji cili merah.
  • 1 biji cili hijau.
  • 3 ekor sotong basah saiz sederhana.
  • 1 sudu makan udang kering.
  • Sedikit kacang gajus / kacang tanah (untuk hiasan).

Cara-cara

  1. Mangga dibuang kulit dan diparut halus.
  2. Bawang besar dimayang.
  3. Cili merah dan cili hijau dipotong dadu.
  4. Sotong basah dicelur hingga empuk dan dipotong bulat.
  5. Udang kering ditumbuk halus.
  6. Kacang gajus / kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
  7. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul.
  8. Taburkan kacang gajus / kacang tanah.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (13)

03-10-2006, admin komen :

akakmai.... terima kasih, sudi berkongsi resepi kat sini.. saya dah adjust susunan resepi yg akakmai buat biar nampak lebih elok dan senang orang lain nak baca... lain kali akakmai boleh ikut cara ni.. atau kalau masih tak faham boleh rujuk faq


03-10-2006, hyrol komen :

takde ker resepi buat puding telur


04-10-2006, Olah komen :

Ada sesape tau camna nk buat baked potato tak?


04-10-2006, fizammar komen :

salam semua...SAPE ADE RESEPI NAK WAT BISKUT DAM?(corak checked coklat kuning)..thx


04-10-2006, wanie komen :

RESEPI KERABU NI X YAH LTK GARAM KE? ATAU SOS SOTONG KE IKAN KE?


04-10-2006, lelayong komen :

Salam perkenalan semua, ada tak rakan-rakan kat sini tahu resepi nak buat biskut cheese tart, saya pernah makan raya tahun lepas, sedap n enak tak terhingga, yg penting pastri untuk cheese tart tuh..TQ


04-10-2006, akak noor komen :

ada sesiapa tahu petua camna nak bagi acuan tempeyek baru beli x melekat semasa mengoreng..


04-10-2006, anne_addy komen :

ader saper2 tao x mcm maner nk wat kuah soto yg umpphh.... xpun kuah bakso...


05-10-2006, akakmai komen :

ye ke admin..hehe..tenkiu. tak reti lak masa antar ari tuh..ok..akakmai dah faham. tq. hyrol> puding telur camane tu eh. kalo yg gula hangus rasanya dah ada kat sini,kan.. wanie> kena letak gak ler garam skit. yg lain2 tu, resepi yg ditanya, insyaAllah ada ler sesiapa nnt yg sudi kongsi.


05-10-2006, akakmai komen :

eh..lupa lak..jgn letak grm byk sgt sbb udg kering tuh kekdg dah masin pun.


05-10-2006, admin komen :

akakmai boleh edit semula resepi akakmai tu.. tambah garam.. kalau letak kat bhgn komen ni, bila print nanti komen tak keluar... nanti kan ada pula yg tanya pasal garam ni..


11-11-2006, marianamustafa komen :

letak sos ikan + sotong kering sedap gak.tak yah buh garam psl 2 item tu dah ada rasa masin.tu yg biasa saya buat la.


23-11-2006, azie komen :

ade sesape tau x wat kacang pool


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu