oleh: Delila Jem Strawberry

08-10-07_0747

Resepi mak..


Created on : 21-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 botol )

  • 500 gram Buah Starwberry Segar (bahagi 2 bahagian)
  • 200 gram gula (ikut kemanisan yang anda mahu)
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. 08-10-07_0843
    Panaskan 1 periuk air bersama 1/2 sudu teh garam hingga mendidih dan celurkan kesemua buah strawberry.Lebih kurang 2-3 minit atau hingga layu.Angkat dan toskan.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian buah strawberry yang telah dicelur tadi. Ambil satu bahagian dan hancurkan.
  3. 08-10-07_0744
    Dalam satu periuk campurkan buah strawberry yang dihancurkan dan yang belum dihancurkan dengan gula.Campurkan 1/2 cawan air dan masak hingga pekat dan gula hancur.Sejukkan dan bolehlah di masukkan ke dalam botol.Sentiasa simpan di dalam peti sejuk jika tidak diguna.Boleh dijadikan filling muffin.

Tag

jem




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

21-11-2007, mama_myvi komen :

waa.. stoberi tu.. del, pokok dia tu tanam kat rumah ker??


21-11-2007, Delila komen :

yup...pokok tanam kat rumah jer..petik bila dah berbuah....hehehe...ade 50 pokok..


21-11-2007, shima_2210 komen :

del... stroberi tu manis tak?? mcm best jer. jeles nie.. nk taman jugak...


22-11-2007, Delila komen :

manis shima..but kena guna teknik yang betul penanamannya..baru hasilnya manis...kalah yang kat cameron tu..


22-11-2007, nurul_aiman komen :

cayalah del.... tanam strawberry sendiri...sllu mtk resepi ttg mknn, tapi kali ni nk mtk cara2 nk tanam strawberry blh tak...


22-11-2007, Delila komen :

ni anak benih beli kat siam...lam plastik semaian yang kaler itam depa jual..then bila dah besar skit pindah masuk pasu gantung.pokok stoberi ni kena gantung bagi berjuntai...penjagaan..buh baja organik 2 minggu sekali...buh bawah tempat teduh...kena 3 kali spray air sehari..pagi petang malam...jangan terlalu banyak air...daun2 yang nak mati kena tanggalkan...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu