oleh: Netty Kek lumut

No picture

Kek untuk menjelang hari raya dari Sarawak


Created on : 02-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( TIDAK TERHAD )

  • 10 biji telur ayam
  • 2 gelas gula halus
  • 16 oz mentega
  • 1 gelas tepung almond(badam)
  • 5 gelas tepung nestum
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin/botol jem epal
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis.
  3. Mentega dikacau terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.
  4. Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung neestum.
  5. Akhir sekali masukkan susu, jem, vanilla dan pewarna hijau.
  6. Kukus hingga masak.
  7. Kalau mahu kek lumut tahan lama, lepas kukus bakar sekejap anggaran 5~10 minit.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

25-10-2006, FAIRUZA AULA komen :

rasanya tentu sedap ya netty. kalau ada resepi kek lapis sarawak boleh ajar orang semenanjung. netty orang sarawak ke. hai...................


09-11-2006, lyviastones komen :

kelak mek coba molah....


28-02-2007, aamoi77 komen :

kmk rasa mesti sedap kek tok,coz sblm tok pun ada drg resipi tok.hujung minggu mesti try...WALA...!


27-07-2007, hooiyee komen :

nk tanye..jam epal tuh..jam yg sapu roti tue ke jam spesel ntuk wat kek??


12-12-2007, norain70 komen :

kek lumut ni memang sedap..sblum ni memang slalu buat n ramai orang tempah. jangan lepaskan peluang ni.


12-12-2007, Itarossi komen :

boleh bg sukatan dlm gm tak utk mggantikan gelas/tin. Tpg almond = ngan ground almond ke? dan tpg nestum = nestum yg dikisar? nampak cam sedap, nak try lah..


08-01-2008, shikinsuhaimi komen :

mcm kenal je namer netty ni....netty keje kt klia ke....?


17-03-2008, maryam81 komen :

kek ni sedap... pernah buat. tapi tak tahan lama.. kalau nak tahan lama letak dlm peti sejuk. Kalau dah keluarkan dr peti sejuk.. boleh tahan dlm masa sehari je.. peh tu pastu berkulat... so nak makan je baru keluarkan dan potong..


26-05-2008, suemimiey komen :

saya da biasa buat kek nie tiap ada perayaan saya mesti buat cuma saya tak letak jem buah dan tepung almond tue.semua orang suke ada yang sampai nak tempah.tapi tahun nie saya baru nak ambi tempahan.you ada resipi kek yang lain dari nie ke yang kukus pny.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu