Google+

oleh: mummyhamim2 Laksam kelantan

12106028

Laksam ni fav mummy masa student dulu, kalau ade jer pasar malam, mesti beli, rupanya mmg nak jadi org kelate. bile dah duduk sini teringin jer nak mkn, so cari resepi through net, byk jenis dah try and error, so edit ikut citarasa sendiri, and this is the best resepi yg dah buat


Created on : 14-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mummyhamim2




Bahan-bahan ( boleh hidang utk satu family - 2adults 2 kids )

  • Resepi Laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 cawan air
  • sedikit garam
  • Resepi kuah:
  • 3 ekor ikan sardine (makeral)
  • 1 tin santan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg serai (besar punya)
  • 2 kiub pati ayam/ikan bilis (not necessary)
  • 2 sudu kerisik
  • lada sula
  • asam keping
  • 1 inchi lengkuas
  • beberapa helai daun kesum (not necessary)
  • Bahan tambahan: Telur rebus, Salad, Timun, Taugeh, Sambal belacan, Chili tumbuk, Kacang panjang dll

Cara-cara

  1. cara-cara membuat laksam:
  2. Campur semua bahan dan gaul sebati.Perap dlm setengah jam.
  3. Sementara tu sediakan kukus atas api
  4. Sapu sedikit minyak pada loyang @pinggan. Letak pinggan@ loyang dlm kukus.
  5. Tuang 2 senduk
  6. Kukus sampai agak keras, tidak berair.
  7. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
  8. cara-cara membuat kuah:
  9. Rebus ikan sampai masak
  10. kisar halus bahan: bawang merah, putih, serai, halia, tumis dlm periuk (minyak sikit)
  11. masukkan garam, lada sula, asam keping, kerisik, lengkuas, daun kesum dan gula (ikut sukahati)
  12. kacau sebati, sampai naik bau
  13. Tapis ikan dgn air rebusan, simpan air rebusan,
  14. Ikan yg ditapis blendkan sampai hancur, masukkan kedalam periuk yg berisi bahan tumisan. cacau
  15. Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk tadi
  16. kacau sampai mendidih dan masukkan santan dan kiub , kacau lagi hingga mendidih, rasa garam dan gula, tambah ikut citarsa
  17. potong2 laksam, dah boleh hidang and makan








Laporan Masakan Bergambar (2)

100_0863
06-12-2007
dah try..sedap! thanks
Laporan oleh: junn

thanks kerana mancuba.. ish ish ish.. kita le pulak kecur air liur nak buat lagi...

Img_0311
13-10-2010
pertama kali mencuba...mujur menjadi
Laporan oleh: kakujie

Komen (22)

15-11-2007, ciksiti komen :

favourite lah mummy tp takat makan sorang, leceh... hb tak suka... selalu beli memang sodap!!!


16-11-2007, ayang77 komen :

my peberet laksam nie...dlm setahun dpt mkn time ramadhan jerk..tu pun beli kat bazar..thanks for the resepi...weekend bole try..love u mummy!!!


20-11-2007, entong komen :

ada tak laksam yang dah ready spt laksa penang klau ada kan mudah buat kuah je...


21-11-2007, nita247 komen :

kuahnya memang sedap tapi laksamnya x jadi lah.. kenapa warnanya kuning eii, x macam kat kedai putih bersih. Mungkin sebab letak minyak ke?


07-12-2007, mummyhamim2 komen :

ciksiti: buat byk2 pastu ajak kawan2 makan sama... sedap and pasni dah terror jimat duit tak yah beli.. ayang77: selamat mencuba entong: ada tak silap org jual kat pasar tani kat kb. tapi tak ler yg kering, yg basah.. nita274: apesal laksamnya tak jadi? lebih air kot? or kukus kejap sgt? takpe lain kali cuba lagi.. kuah dia kuning ke? minyak sikit je tuh jgn byk sgt and minyak baru, jgn pakai minyak terpakai nanti berubah kaler, kuah dia tak putih melepak sgt le coz byk bahan penyedap lain yg telah dicampur..


01-09-2008, Bunga Sari komen :

aku pernah mkn laksam kat pahang tu pun sthn skali bila aku balik kmpg kat lampung ramai org kelantan kebetulan pulak sblh rumah aku org kelantan mmg laksam ni sedap meleleh airliur aku ramadan ni aku nk buat sendiri lah cuma resipi kuah ni lain sikit


05-11-2008, marianie komen :

Klu mak sy buat smbl dia pki cili kering letak belacan skt lepaih tu bubuh garam kemudian tumbuk smpi lumat...pon sedap gak..


09-12-2008, mlis komen :

malkasih pada penulis resepi.bertahun-tahun kahwin ini adalah cubaan yang pertama guna resepi terus jadi.dah tanya ramai orang kelantan takde yang jadi.rupa-rupanya campuran tepung gandum tu yang buat resepi tu jadi.pengalaman guna resepi dalam magazine dan mulut orang takde yang jadi.sekali buat pakai resepi ni terus jadi.terimakasih penulis resepi.terkejut suami saya boleh buat..sebijik macam masakan orang kelantan walau dah kahwin bertahun-tahun ini adalah cubaan saya yang paling berjaya..makasih..


17-12-2008, xcellent komen :

resepi ni cam xbetul jer...betul ker cmpuran tepung jagung tue.cair sgt la..nk bg resepi bg la tul2..wat membazir bahan jer..da la 1st time wat..cian tau..


27-06-2009, sua_sue komen :

xcellet...btol la resepi ni...saya dah buat dah...awak dah cuba blom...x cuba x baik ckp cam tu....sy buat ok je....tp kene kukus lama cket...baru x patah...


27-12-2009, wanie79 komen :

x jadi la buat laksam nya. kalau letak banyak tepung jagung banyak lembik la jadi nya. letak 1 sudi je. baru jadi. resepi yani baru betui. x caya cubalah... takkan nk kukus 1 jam 1 gulung... betul tak


27-12-2009, ramlee komen :

bagi jer kucing makan,,dapat pahala,,,


25-04-2010, nurfara komen :

ha jumpa pon laksam


31-01-2011, che mahani komen :

sy akn addjust ckit..


08-02-2011, faisz13@yahoo.com komen :

terima kasih.. baru best try buat sendiri...ni nak rasa sodap ke tak..


14-04-2011, hadiehalim komen :

nak cuba lah weekend ni...kna pnadai ejust ckit..kadang cara kita adun tu nak kena betul...tggu nanti saya komen balik kat cini


15-06-2011, noor pipah komen :

ni baru pertama kali nak masak laksam


14-08-2011, pojieilham komen :

terima kasih kpd penulis resepi. saya dah cuba buat. mmg jd. sedap lg2 ble buka puasa.


14-08-2011, abdulwahub komen :

minat jugak


06-10-2011, Sally Rashid komen :

kalu laksam kelate ori..tak pakai pun tepung jagung tu.... kalau tepat bancuhan tepung beras tu..jadilah dio. tapi..boleh lah cuba letak tepung jagung..mana tahu jadi lagi sedap...


28-03-2012, apizikram komen :

insyaallah nak cuba masak ngan kawan2 hari ni.tringat masakan mak saya masa kat malaysia.skarang kalau nak kena masak sendiri.tq mummy.:)


11-11-2012, elly1166 komen :

1st time mencuba ikut resipi tuan resipi nie.. hasilnya TERBAIk!!! suami suka sngt.. terima kasih tuan resipi.. kekeyangan+puas kami makan sbb biasa mkn di kedai kuah dan ulam2 dia diberi sikit.. bila dapat buat sendiri. , haa puas !! tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu