oleh: waheedeana Ikan taucu hitam manis

Pb130122

mudah...cepat...ekspress...sedapppp....pd yg terkejar masa masak...:)


Created on : 13-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi waheedeana




Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 3 ekor ikan kembung ( ikan lain pun bole ) - di potong dua dan di goreng terlebih dahulu bersama garam dan kunyit
  • * 10 tangkai cili padi - di belah dua
  • * 1 biji bawang besar - di mayang
  • * 3 ulas bawang putih - di ketuk
  • * 1 inci halia - di ketuk
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 cawan air
  • 2 sudu air asam jawa
  • gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
  • ** saya x letak garam pasal taucu dah masin..ehehe...**

Cara-cara

  1. tumis bahan yg bertanda * sehingga garing
  2. masukkan sos tiram, kicap, taucu dan kacau sebentar dan masukkan air asam jawa dan air, biarkan mendidih
  3. perasakan dgn gula, garam dan bahan perasa, akhir sekali masukkan ikan yg telah siap digoreng..angkat dan sedia untuk dinikmati...

Tag

ikan


Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc_6892
12-08-2009
sesuai dengan selera my family.
Laporan oleh: zaina

tq zaina kerana mencuba... ;)


Komen (5)

13-11-2007, zaliana komen :

oo patutla senyap aje..tengah mentaucukan ikan rupa-rupanya..lama tak makan stail gini..sedapnyerrr


16-11-2007, iman ieya komen :

ini kena cuba nih.


14-08-2008, Chef Are You komen :

wow...!!!delicious...!!i like it...


03-09-2008, emmalin komen :

lauk ni memang sedap... ish mesti masak waktu terdekat ni~


19-05-2011, mizz_farida komen :

ringkas dah senang..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu