Google+

oleh: gadisz_malayu Nasi Ayam Best

Dsc00153

Antara masakan kegemaran my hubby...Mula di try n error masa bujang dolu pakai agak-agaknya bahan-bahannya.Nasib baik menjadi...


Created on : 12-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi gadisz_malayu




Bahan-bahan ( 8 orang makan )

  • Nasi :
  • 4 cawan beras
  • 5 ½ cawan stok ayam (sup ayam yang direbus)
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • ½ inci halia ditumbuk
  • Rempah menumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih )
  • 3 sudu planta
  • 2 helai daun pandan
  • Ayam (Bahan-bahan perap) :
  • ½ ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah ditumbuk
  • ½ inci halia ditumbuk
  • ½ sudu teh jintan manis & jintan putih ditumbuk
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 ½ sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap manis
  • Sup :
  • 2 kiub stok ayam maggi
  • 1 paket sup bunjut
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih diketuk
  • ½ inci halia ditumbuk
  • Daun sup
  • Sambal kicap :
  • 5-8 batang cili padi *
  • 1 ulas bawang putih *
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan bertanda * ditumbuk dan digaul bersama kicap manis dan garam
  • Sos : Sos cili thai

Cara-cara

  1. Rebus ayam di dalam air. Agak-agak air cukup untuk dicampur ke dalam beras untuk menanak nasi dan sebagai sup. Campurkan 2 ketul kiub stok ayam dan 1 paket sup bunjut serta bawang putih yang diketuk ke dalam air rebusan ayam.
  2. Perapkan ayam dengan bahan-bahan perap. Seelok-eloknya perap lebih lama. Paling kurang pun dalam 45 minit. LAGI LAMA LAGI SEDAP.
  3. Ambil kuah stok ayam dalam anggaran 5 ½ cawan untuk menanak nasi.
  4. Dalam masa yang sama tambahkan bawang merah, bawang putih, halia yang ditumbuk ke dalam sup.Tutup api bila sup masak sepenuhnya.
  5. Basuhkan beras. Tambahkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi.
  6. Tumis darat bahan-bahan seperti bawang merah,bawang putih, halia, bahan-bahan penumis dan serai dengan menggunakan planta menggunakan kuali biasa di atas dapur gas. Tumis hingga garing.
  7. Goreng atau bakar ayam yang telah diperap tadi. Oleh kerana ayam telah direbus, masa untuk membakar dan menggoreng dapat dijimatkan malah isi ayam menjadi lebih lembut.
  8. Nasi ayam boleh dimakan bersama daun salad, tomato, carrot yang dihiris halus serta kacang tanah goreng. Memang sedap. Cuba la ye

Tag

nasi









Laporan Masakan Bergambar (1)

Ns_ayam
20-09-2011
thanks sbb share resipi nasi ayam, first time saya buat dan mmg menjadi, sup pun sedap :)
Laporan oleh: LilyJasmine

Komen (27)

13-11-2007, fidadaud komen :

gadis melayu..resipi u ni nampak mmg sedap! tp, ssh nak baca resipi ni. boleh tak u rujuk semula ke ruangan tulis resipi dan lihat tips/ tunjuk ajar cara2 menulis resipi. di situ nnt u boleh la edit semula. anyway, thanx for the recipe!


13-11-2007, gadisz_malayu komen :

sorry...baru join...tak pandai lagi...ade masa nanti saya edit...insyaallah...


20-11-2007, entong komen :

mmg sodap dari my mum's chicken rice(linda onn punye) my kids cmua suke


29-11-2007, ieyla_gonjreng komen :

amboi rumitnya tp mcm sedap jer


15-05-2008, firdura komen :

bahan perap utk ayam tu bleh tak guna sos yang dijual kat pasaraya, sos perap ayam jenama apa tah...terliur lak...


21-07-2008, zurina_zie14 komen :

terliur saya tgk.... saya pose ari ne.... nk masak lah hujung minggu nie


21-07-2008, mayalizz komen :

resepi ni memang sedap...nampak macam rumit bila buat senang jer....family i pun suka...


28-08-2008, rynn komen :

awak... kite nak try la resipi ni..tapi tu la susah skit nak bca..nanti ade mase you tolh edit ehhh..please..


09-11-2008, Nora2 komen :

Terima kasih, si gadisz malayu Saya dah buat resipi ni hari ni...tapi tak boleh buat laporan. Jadi saya gunakan ruang ini untuk lapor. Hubby suka sangat nasi nya........1st class katanya.....Anak pulak sukakan supnya....sedapppppp tak macam kat TCRS banyak MSG....


26-11-2008, sedapnya komen :

anak lelaki saya yg ke 2 suka mkn nasi ayam. Yg peliknya hanya mkn nasi je.. jadi nasi tu mesti power. ... badan pun montel.... nanti kita cuba.. saya baru join je ni....


28-10-2009, sriselasih komen :

terima kasih gadisz_malayu.... 1st time try wat nasi ayam guna resepi ni sebagai menu utk berbuka puasa bulan ramadhan lepas. tak sangka jadi dan sedap sgt. 2nd time buat nasi ayam ni utk menu utama rumah terbuka raya aidilfitri hari tu. licin... sampai ada yg tak puas makan. hubby sekarang ni, tak nak makan nasi ayam kat tempat lain dah... ehehehehehe... tq tq tq...


12-03-2010, kecah komen :

tq gadisz_malayu. sedap, hubby and kawan-kawan pun puji bila 1st time saya buat nasi ayam best ni. hubby yang nak diet, x jadi diet dan anak saya yang susah nak makan nasi pun berselera makan. next time boleh buat lagi. tq


16-03-2010, aszuzira komen :

susah nyer nk bace..


09-03-2011, afiera komen :

sy br je join nie.!semata2 nk cr nc aym..asyik mkn kt luar je..ingt nk cuba lak.. mcm best jer! tq


03-04-2011, qaseh ibu komen :

ari ni kaknor ingat nak try wat...terima kasih atas resepi ya...


24-05-2011, ainhamid komen :

mcm sdp jer resepi nei....... ari ne nak try wat lah...... tp bnyk nak kne bce....


24-05-2011, zueraii0690 komen :

nasi ayam is the best.. my favourite..!! :) :P


25-05-2011, ulamraja komen :

Best tul nasi ayam nie...selama nie bt tak ler bau semerbak nasi ayam mcm kedai tue...tup2 i msk tadi..harum nyer...mesti anak2 selera jer....sup pun marvelous...tq owner resipi....


30-06-2011, wan cook komen :

blh ajar lbh power ag x untk sy bljar


11-07-2011, zuliha komen :

Cara2 menanak nasi x berapa lengkap,selepas menumis bhn2 penumis sehingga garing nak buat ape pas tu atau cara no.7 ditukar ke no.6


26-07-2011, alina lina komen :

sy bru joen ni,pning lh kpala sy bca,bolh xedit dgn elok spya snang d bca,apa pun sya akn try buat sbb sya ska sngt dgn nsi aym,hehe


04-10-2011, adikina komen :

dah cuba me mang sedap


09-11-2011, patimah1010 komen :

saya nak cuba hujung minggu ni.... macan sedap je


22-11-2011, agnia komen :

baru join...dok tgh cri resepi. Tgk org komen smua ckp sdp... saya nk cuba juga ujung mggu ni...terima ksh gadisz malayu


24-11-2011, wanatira komen :

salam, nak tanya kalau rebus ayam tu brapa lama???


26-04-2013, Snur komen :

penng jg bc cr2 nk mmbuat nsi aym ni..tp,cuba fhm sndiri n nk try buat..cuba jgn x cuba sbb dh ada yg buat n kt sdp...


26-04-2013, Snur komen :

mmm..mmg best nasi aym ni..buat utk lunch.tq!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu