Google+

oleh: mamadzie69 Puding Raja

R0012241

resipi dari kakak ipar, pertama kali rasa puding ini yang dimasak oleh kakak ipar terus jatuh hati, tanya bahan-bahan dengan kakak ipar, kuantiti bahan dan cara memasak ciptaan saya sendiri.


Created on : 10-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mamadzie69




Bahan-bahan ( 15-20 orang )

  • 2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
  • 2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
  • sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
  • 1/2 paket prune
  • 1 paket gajus masin
  • 1 tin cocktail

Cara-cara

  1. susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
  2. kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
  3. Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
  4. Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.









Laporan Masakan Bergambar (1)

23012010057
25-01-2010
saya tambah jala mas pada puding tu.. tapi saya silap pakai prune jenis murah, so rasa prune tu keras..
Laporan oleh: yuha_yus

Komen (12)

08-07-2008, raona komen :

saya first time rasa puding raja ni masa pertama kali raya kat rumah mentua. memang sedap.kat kl selalu suami yg buat.yg penting kuah kastard boleh tahan lama dalam fridge asalkan belum campur buah.buah kalau lama sangant dalam kuah kastard tak sedap.kan?


19-08-2008, mykitch komen :

puding tak letak jala emas ke? se bab puding raja yg ori mesti ada jala emas.


23-04-2009, @zura komen :

sy dh try buat puding nie.. sy yg hamil.. tp hubby ngidam nk mkn puding raja nie.. first time sy buat dn rasa.. mmg enak dan lazat.. wallaaa.. tanpa jala emas pong.. ttp enak lor..


21-08-2009, azamel komen :

ehem....sori nk mencelah....kalu nk wat jala dia u all guna kuning telur ayam kampung(sbb dia pekat) pukul hingga sebati, pastu masak air gula yg likat/pekat....bila da mendidih...kecilkan api....masukkan telur kuning tu mcm nk wat roti jala guna acuan dia....kalu x pun guna ujung sudu..pusing laju2 dlm air gula tu.....sume timbul cpt2 senduk keluar...maknenya da masak la tu.....jgn marah mamadzie....tlg tmbah je....bg yg nk mkn puding raja yg lengkap sume isi ramuannya ade.....slamat mencube....n slamat berpuasa....


03-09-2009, ayzalin komen :

Hai, saya memang suka sangat makan puding raja. tak silap saya org pekan, phg memang expert buat puding raja. kalau bulan puasa ni..kat bazar ramadan baru ada...tau tak RM5.00 satu bekas..sikit aje, buat sendiri...10x makan....cuma saya tak pandai buat jala emas...camana ye..tolong ajar kan boleh...............


02-10-2009, azamel komen :

askum.....ayzalin....kita org pekan laaa....awk x baca ke komen atas komen awk tu...sy da gitau cara nk wat jala emasnya....sori kak tuan nya resipi, sy cuma tlg jee...hehehee....jgn marah yeeee


23-12-2010, chinta82 komen :

askum...ingat nk try mcm best jer budak baru belajar


25-03-2011, qisyani komen :

puding raja mmg trademark org pekan..kalau umah org kawin kat pekan, takde puding raja kat meja pengantin...mmg tak sah..hihihi..utk jala mas tu, kt org bese gune kuning telur itik yg dah di tapis ngan kain...then masak ngan air gula..colour die lg cantik..


29-03-2011, mamaanum komen :

memang sedap...kami biasa tambah seketul dua air batu..


23-05-2011, inaiddar komen :

saya goreng pisang ngan myk sapi.....wangi dan sodap......


28-09-2011, zarimey komen :

tentang jala mas tu, berapa biji kuning telur yang nak digunakan dan berapa ml air serta berapa cawan gula yang diperlukan?


05-09-2012, sharinaomar komen :

apa tu jala emas?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd