oleh: waheedeana mee hoon goreng lada hitam

Pb060082

meh ubah selera sesekali dgn mee hoon ni.....


Created on : 07-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
  • ( * ) bahan dikisar bersama
  • 1 cawan udang
  • 2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
  • 1 paket fish ball dibelah dua
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
  • 3 sudu makan sos tiram
  • secekak daun kucai - dipotong 2 inci
  • 2 genggam taugeh
  • 1 batang lobah merah- di hiris memanjang
  • garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
  • minyak untuk memasak

Cara-cara

  1. panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan
  2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit
  3. masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar
  4. masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak
  5. masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap
  6. akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Tag

mee




Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc02607
15-11-2007
mihun goreng 1 siap!! tq ana
Laporan oleh: zaliana

ehehe...za...meh anto sepinggan kat sini...lapor la pulak...;)

Pb210080
23-11-2007
thanks bg idea utk bekfas!! selalu garuk2 kepala x tau nak masak style apa..anyway, yg ni version sempoi abis...tgk apa yg ada dlm peti sejuk ler...
Laporan oleh: nita77

thanx nita kerana mencuba...heheh biasanya kalo rajinkan benda x cukup pun jadikkk...kalo malas benda ada pun malas gak nk buat...sama la kita...hihihi ;)

27042008_015_
29-04-2008
mudah, ringkas, sedap. abaikan cili besor tu yer.. itu anak Lyn yg hias sebagai
Laporan oleh: lynette

eheh lyn lawo deco nyer tu.... thanks sudi cuba...:)


Komen (7)

07-11-2007, ayang77 komen :

pernah makan mee nie kat open house..mmg sedap tapi x reti nk buat..thanks deana..ujung minggu nie ayang mesti try!!


15-11-2007, india komen :

well ingat my friend pandai masak resepi ni waktu belajar sama sama kat itm. Tapi i dah cuba tapi tak sebest mcm dia. i nak try yang u punyaa la Deana!


15-11-2007, meow komen :

uuuuuuuu sedapnyah.. ghasa2 nak gak mencubanye.. tapi ntahle bila.. open house yg bebaru ni wat mi hun gak pehtu gi umah org pun byk mi hun... hmm kalu dah rasa nak makan mi hun semula.. bolehle aku cuba resepi.. tq


16-11-2007, kuzzy komen :

Kuzzy pun selalu gak masak mee hoon mcm ni memang sedap.. pastu blh tambah ngan sambal kicap dan makan dengan keropok emmmm yummy...yummy..


06-12-2007, waheedeana komen :

pada india, meow cuba jgn x cuba resipi dah ada kehkehkeh...:D


01-01-2008, zubaidah86 komen :

mee hoon ni sama tak dgn yg bihun sigapore sebab tgk gambar sama je................................


14-05-2008, fadisha komen :

dah lama cari resepi ni.... baru jumpa memang sedap rugi kalau tak cuba............. thanks Deana 4 resepi......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu