Google+

oleh: mummyhamim2 Roti Naan (tempayan) @ naan cheese

Siap-utk-dingap

Teringat zaman undergrade dulu.. member ajak mkn kat chapati razak di Kajang, tmpt yg sentiasa ramai sgt customer, berjam2 tunggu pun sanggup.my mum try test buat cara sendiri.. waa.. sedap lg pada yg dibeli..after that, kami tidak lagi ke chapati razak... buat sendiri lerrrr...


Created on : 05-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mummyhamim2




Bahan-bahan ( 12-15 keping sederhana besar )

  • 750 g tepung gandum
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 250ml plain yogurt (low fat pun boleh)
  • 1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam)
  • 2 sudu butter (olive oil lg sedap)
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • - untuk naan cheese
  • Grated cheese
  • gula

Cara-cara

  1. Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam2 kuku. Tunggu sehingga yis timbul.
  2. Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan. campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.
  3. masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (if adunan terlalu kering)
  4. uli sehingga agak lembut, dan bulat2kan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)
  5. Tengok-tu-dah-kembong
    canai leper, dan bakar atas kuali (prefferable non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan
  6. utk Naan cheese:
  7. Letak-cheese-and-gula
    setelah canai leper, taburkan cheese dan gula
  8. Waasiap-dah
    canai another naan and tindihkan dan canai semula
  9. note: -
  10. apabila mencanai leper jgn terlalu nipis, sedang2 - apabila bakar biasanya ia akan mengelembung, pastikan api kecik, dan terbalik2kan naan jika perlu - plain Naan: sedap dimakan bersama kari, dalca, sambal tumis, yogurtmint dan macam2 lagi - Naan cheese: sedap dimakan begitu saja...bebudak mesti suka, ada jugak yg gantikan cheese dgn butter, coklat spread, dll









Laporan Masakan Bergambar (5)

Naan
10-11-2007
dah cuba buat yg plain punya...maisya guna minyak masak je..elok je dia kembung masa masak tu.
Laporan oleh: maisya

wah terima kasih kerana mencuba, guna minyak tu tukar olive oil atau maisya guna untuk bakar.. kita nak gak try cuba ler..

Dsc01144
13-12-2007
buat brkfst semalam best, memang lembut, hubby kata tak yah pi kedai mamak dah kalau mcm ni, tima kasih mummy
Laporan oleh: sofinar

terima kasih kerana mencuba. habis tutup le kedai mamak pas ni.hihihi

Naana
07-01-2009
buat 1/4 adunan je..tade tepung naik sendri.. jadi saya tambah baking powder.. makan dgn tandoori.. sedap.. tq!!
Laporan oleh: nurulaliya
Gambar_e_amik_030
04-05-2009
dh banyak kali buat.ni barulah sempat nk antar report...tq
Laporan oleh: McE
Img_1859
30-01-2011
setiap mggu 2 @ 3 kali buat ni...senang, cepat, lembut...mcm makan kat kedai mamak. dlm gambar ni breakfast pagi td, mkn dgn kari ikan mamak style...x pandai buat ayam tandoori. thanks mummy....
Laporan oleh: ctzai

Komen (16)

06-11-2007, k.cik komen :

tak sangka roti nan boleh dibakar dlm kuali...pasti akan cuba


06-11-2007, mummyhamim2 komen :

k. cik... boley... but non stick pan tau.. selamat mencuba..


08-11-2007, linda khairul komen :

dah buat but y masa masak atas pan roti x kembong mcm mummyhamim wat....dia kembong malu2 pulak but taste goodd.....


13-11-2007, mummyhamim2 komen :

em.. kenapa yerk, cuba peram lama sikit sampai dia kembung, then uli leper, pastu masa bakar tu make sure api kecik sekali and tunggu lama sikit. kalau tak jadi jugak, mmg pemalu ler kot nan linda..mcm tuannya kot...


29-11-2007, sarahcamelia komen :

I mesti cuba resipi ni. selama ni dok beli yag packed tu..Tambah-tambah buat atas kuali...harap2 menjadi sebab my family memg suka nan..


07-12-2007, mummyhamim2 komen :

sarahcamelia: selamat mencuba...


11-02-2011, wat je komen :

terima kasih


26-02-2011, makcikkantin komen :

setuju dgn ameerah...org nak bagi resipi free patut syukur..kalau pegi kursus masakan dah tentu2 2-3 ratus terbang..


04-08-2011, kelisa4554 komen :

kalo bakar dlm oven leh tak?


23-08-2011, mrmsgrao komen :

wow aku suka nan.. cicah kari kambing


07-10-2011, halwa komen :

da bt td wat mkn mlm,tp pki tpg gndm je n tmbh baking powder sesudu kecik..pastu xde yogurt so buat la tairu sendiri pki susu cair n limau nipis.. mmg lmbut sgt tp nape time goreng tu x de pun gelembung2..anyway thanks 4 rcpee and licin skali hadap jek!!


23-11-2011, MiA SaRaH komen :

srry? 1 sudu yeast?? sude besar ka kecik?


23-11-2011, MiA SaRaH komen :

bley tk kalo kite simpan doh tuh??? tahan bape lame ek??


23-11-2011, kasma komen :

klu tk ada non stick pakai kuali leper biasa blh ke?


06-04-2014, raqinah rahiman komen :

Hehe dah try wat..jadi..sedap mcm kat kedai..thank you share resepi..kawan saya kat fb minx resepi ni..beli kat luar mahal..x cukup nak makan..skrg wat sendiri je..


06-04-2014, raqinah rahiman komen :

Hehe dah try wat..jadi..sedap mcm kat kedai..thank you share resepi..kawan saya kat fb minx resepi ni..beli kat luar mahal..x cukup nak makan..skrg wat sendiri je..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd