Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Bahan-bahan ( saiz terap 3 cm dpt dalam 20-30biji )
Bhn A : 250gm tepung gandum dan 1 sudu besar serbuk penaik
85g butter
60gm gula
Bahan B : 1/2biji telur dan 60ml susu
70g walnut ( dihancurkan sedikit)
Hiasan : walnut dan telur yg dipukul
Cara-cara
masukkan Bhn A yg telah diayak ke dlm bekas. Kemudian masukkan butter dan digaul dgn jari sehingga aduanan rata dan menjadi seperti serbuk
tambahkan gula ke dlm adunan dan digaul rata.Kemudian masukkan walnut dan digaul lagi
telur dan susu yg dipukul sedikit terlebih dahulu dimasukkan ke dlm adunan sedikit demi sedikit. Teruskan menguli sampai menjadi doh. Telur+susu tersebut mungkin tak habis digunakan.
adunan yg sudah menjadi doh itu dibalut dengan wrapping paper dan disimpan dalam peti selama 1jam (bukan sejuk beku)
panaskan oven pada 180 darjah celcius. Doh tadi dicanai (ketebalan lebihkurang 1.5cm) dan diterap dengan acuan berbentuk bunga.
susun diatas tray yg sudah dialas dengan cooking paper. Hiaskan dgn walnut dan sapukan dengan telur yg dipukul sedikit.
Masukkan dalam oven dan dimasak pada suhu 180C selama 15-20minit.