oleh: mummyhamim2 Puding Permata berkuah

Puding_permata_berkuah

Resepi puding ni mummy dpt dari mak mummy. Pernah sewaktu ketika sekolah menengah rendah dulu ada pertandingan memasak, then mummy masuk, buat puding ni ler.. Menang dpt tmpt pertama tuuu.. but hadiah dia biskut+ crips jer..hihihihihi..


Created on : 02-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 loyang sederhana besar. )

  • Bahan A
  • Sepeket agar (agar2 yg rebus tu ler)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • sehelai daun pandan
  • Berberapa pewarna yg disukai
  • Bahan B
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 biji telur kuning sahaja
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan susu (fresh milk) /santan
  • kismis/ fruits cocktail
  • Bahan C
  • 2 biji putih telur
  • setitik esen vanila
  • Bahan D (kuah)
  • 4 biji Pisang (tak kisah aper)
  • 1.5 cawan gula
  • 1 tin susu ideal (susu cair)
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Rebus bahan A (kecuali pewarna) dan bahan D (kecuali susu ideal dgn api perlahan) dlm periuk berasingan.(dinamakan periuk * dan periuk **)
  2. Pukul kesemua bahan B (kecuali kismis) dlm bekas lain, hingga sebati.
  3. Sementara itu pukul bahan C dlm bekas lain sampai kembang sekembangnya...mcm nak buat meringue (betul ke eja)
  4. Agar2-dah-potong2-dadu-dua-kaler-ni-aje-ade
    Bila bahan A dah cair sepenuhnya, ambik 2 senduk bubuh dlm pinggan leper dan bubuh color, spt gambar . simpan sejuk.
  5. Tapis dan masukkan bahan B dan kismis kedalam periuk *, kacau rata.
  6. Tu-dia-suka-tgk-biler-putih-telur-dah-masuk
    Masukkan pula bahan C kedalam periuk * di atas api. Kacau dlm 5 minit sampai semua bergaul dan mengelegak.
  7. Biler-dah-ditabur
    Tuang bahan dlm periuk * kedalam bekas puding, 2 senduk (satu layer) Then, agar2 yg berwarna dibeku tadi potong dadu kecik2. then taburkan pada atas layer tadi. Lapis lagi dgn adunan dlm periuk* dan tabur lagi.sehingga penuh. simpan sejuk.
  8. cara2 untuk kuah - periuk ** masukkan susu ideal dan secawan air kacau sampai mendidih, jgn tinggal takut hangit. boley tambah susu satu tin lagi bagi yg suka byk kuah. rasa kemanisannye, kurang boley tambah lagi gula, kalau manis tambah air lagi.
  9. selamat mencuba




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

02-11-2007, mamabukhary komen :

emm sedapnya.....kena try nih...( mcm kenal je tuan punya resepi ni)


02-11-2007, mummyhamim2 komen :

hihihihihi kita pun kenal sapa yg komen nih..


03-11-2007, coveredgirl komen :

Cantiknya dan nmpk pun yummy. Nak buat tapi ada 2 soalan. First, step no. 6 tu, kacau atas api ke off heat? Second, pisang tu potong kecil ke hiris ke lenyek? TQ.


03-11-2007, arnafiz komen :

mana bahan ngan cara2nya.... x nampak apa2pun


03-11-2007, arnafiz komen :

ok dah nampak


03-11-2007, sunkist komen :

pasal pernah jadi johan jadi kena cuba nihh : )


03-11-2007, mummyhamim2 komen :

thanks coveredgirl for d questions. answer q1=atas api, I dah adjust dlm cara2. q2=tak kisah ikut suka, i suka potong besar2..sebab rebus dulu so nanti if kecik2 sure hancurkan... sunkist, selamat mencuba..


26-11-2007, saya sayang selalu komen :

wow,menyelerakan. mesti nak cuba


06-12-2007, mummyhamim2 komen :

saya sayang: cubalah... enak sekali..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu