oleh: fidadaud Ayam Ungkep

Ungkep

Masakan Jawa. Ringkas dan tidak pedas. Jadi, sesuai untuk seisi keluarga.


Created on : 30-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10-12 orang )

  • 1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
  • 30-40 gm ketumbar - dikisar halus
  • 1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • Kunyit - sebesar saiz ibu jari
  • 1 batang serai - dititik
  • 3 sudu makan gula
  • Garam - secukup rasa
  • 2 cawan air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
  2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
  3. Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
  4. Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
  5. Masukkan air. Gaul lagi.
  6. Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
  7. P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

Tag

ayam




Laporan Masakan Bergambar (2)

Photo-ungkep
16-07-2008
taraa.....ayam ungkepku dh siapp! hehe....mmg sodapp!
Laporan oleh: hana6877

wah.. ayam ungkep non-jaworld lg nampak best la..

Ayamungkep
18-07-2008
tambah cili padi sket nak bg pedas.. uhuhu terkurang garamlah plak.. lepas buka pose baru tahu rasanya.. nak tambah garam M pulak.. sebab org lain semua dah mkn..
Laporan oleh: yani

alamak, ungkep versi utara pulak dah mai! erm, garam kurang jadi manis saja la ye? ehehe.. perkara biasa dimasa berpuasa..


Komen (13)

30-10-2007, Lilydvalley komen :

fida, antar ayam ungkep tu ke sini leh? :-)


30-10-2007, fidadaud komen :

hehehe..


30-10-2007, Itarossi komen :

Mesti sedap ni fida sbb ada rasa jintan dan ketumbar tu.. kak ita pernah makan ungkep ni tp hati dan pedal ayam. Kalau nak pedas tambah cili padi. TQ 4 d resepi.


30-10-2007, fidadaud komen :

betul juga ye kak ita, kalau nak pedas n tak jemu, boleh tambah cili padi. yg ni resipi originalnya. next time nak try la letak cili padi..


31-10-2007, maharani66 komen :

Nak tanya jintan putih tu yang macam padi ker yang halus berwarna gelap sikit tu, saya ni selallu terkeliru tentang jintan2 ni plz


31-10-2007, fidadaud komen :

maharani.. betul la tu. mcm padi tp halus dan kecil. wernanya gelap2..


31-10-2007, farahana01 komen :

memang best masakan ni anak2 suka sbb tak pedas...


01-11-2007, mama_myvi komen :

mmm.... sedapnye...


21-12-2007, dagang komen :

Emm..cuba masakan nie memang sedap sb kuahnya berasa...nak lebih meriah lagi masukkan kentang..


28-01-2008, azwalissa komen :

officemate saya asyik promote masakan ayam ungkep nih.. terus surf resepi nya.. resepi nih ala2 rendang ye? cuma takde lengkuas dan daun limau.. btul tak? nampak sedap... nak kena cuba nih..!


28-01-2008, fidadaud komen :

azwalissa.. nak kata macam rendang tak la juga sbb banyak bahan yang kurang lagi nih kot berbanding rendang. tapi, saya mmg suka ayam ungkep ni. cuba la. erk, officemate azwalissa tu dah penah cuba ke ayam ungkep ni?


01-07-2008, umi saprah komen :

sedapppppppp..cubala dah pnh masak..suami pasti menjilat jari punye w/p bukan jaworld...hi hi


08-07-2008, fidadaud komen :

umi saprah, dah cuba resipi ni ke? napa tak hantar laporan? nak juga tgk gambar ungkep versi non-jaworld! keh keh keh..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu