Google+

oleh: sunkist ☺ Biskut Dahlia Permata ☺

Dahlia_permata

biskut wajib tiap kali raya : )


Created on : 13-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sunkist




Bahan-bahan ( 70 - 80 biji )

  • 320gram mentega
  • 250gram tepung gandum
  • 150gram tepung kastard
  • 100gram tepung jagung
  • 100gram gula aising - boleh tambah kalau suka manis
  • 2 biji kuning telur
  • 1/3 sudu teh esen vanilla
  • BAHAN2 HIASAN:
  • gula aising
  • mentega
  • strawberry emulco (perasa & pewarna)

Cara-cara

  1. Mentega & gula aising dipukul sehingga gebu
  2. Masukkan esen vanilla & kuning telur. Kacau adunan sehingga sebati
  3. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung & tepung kastard (diayak terlebih dahulu) sedikit demi sedikit . Uli doh sehingga lembut & sebati.
  4. Ambil sedikit doh & masukkan ke dalam acuan bunga dahlia. Tekan ke dalam cawan kertas.
  5. Kemudian, bakar selama 20 minit pada suhu 150C
  6. Apabila, biskut sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dihias
  7. Image-0032
    Untuk hiasan, pukul gula aising & mentega sehingga gebu & masukkan emulco kegemaran anda. Kacau sebati
  8. Ambil sehelai kertas dan buatkan corong. Masukkan ising ke dalam corong tersebut dan hiaskan biskut anda
  9. Akhir sekali, tabur manik warna warni diatas ising dengan menggunakan sudu kecil. Biarkan ising sejuk dahulu sebelum biskut disimpan

Tag

cookies

Related Recipes










Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

24-10-2007, akak123 komen :

mcm mane hiasan aising bleh keras bile kite gune mentega? itu care mcm buat aising atas kek aje? yg lembut2 tu. atas biskut kan keras mcm aising atas biskut mama carrie.


10-12-2007, nurnikisha komen :

akak123...biasanya lam icing sugar ni dier ader campur ngan tepung jagung sket...tak cayer cuber akak123 tgk kat pack icing sugar tu...kan dier ader ckp..hehe...tu pasal biler kiter buat dier keras biler bakar..pd pendpt kish la...sbb kish buat pun dier tak cair..harap2 membantu...:)


03-07-2008, aku dan dye komen :

allo sunkist sy owg baru plezz cari kn sy dak bakery so ley sy kongsi maklumat uuhuhuhuhuhuh


09-09-2009, norlizza komen :

cantik biskut dahlia 2, biasa org guna ceri je wat hiasan tapi ni lain dari yg lain. bagus2 satu kelainan. liz paling x suka wat kuih guna gram2 ni. coz kat umah x de penimbang so klu blh letak guna cawan... pleaseeeeeeeee 320 gram bersamaan berapa cawan?


11-09-2009, ferraro komen :

emulco tu aper?cute la..must try ni


11-09-2009, ferraro komen :

ooo tau dahh hihi


10-05-2011, fia93 komen :

wah menarik la resepi ni bleh cuba ni..mcm koi samprit jgk kan??


12-11-2011, nathaneal komen :

nak try jgk lh.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd