Google+

oleh: mamadzie69 Kuih Siput Pedas

No picture

resepi tersendiri


Created on : 10-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mamadzie69




Bahan-bahan ( 150-250 biji )

  • 600gram tepung gandum
  • 2 oz marjerin
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 pelepah daun kari
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan teh air
  • 1 sudu teh penuh garam halus
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. tepung gandum dan marjerin digaul rata dengan menggunakan tangan dan diketepikan.
  2. cili kering yang dibuang biji ditumbuk dan ditambah padanya daun kari yang dibuang urat daunnya, tumbuk sehingga hampir lumat.
  3. cili kering dan daun kari yang telah ditumbuk dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.
  4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata.
  5. doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan

Tag

kuih biskut

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (15)

08-12-2007, mawarbiruygsatu komen :

tima kasih byk2, dah lama carik resepi nih....nak try for raya haji...


13-12-2007, Mummy7857 komen :

Mamadzie69, daun kari tu kalau dtumbuk, tak pahit ke rasanya. Kalau dihiris halus2 pun boleh kan!


12-10-2008, siti nur ain komen :

akum.last yr raya n thn ni tak pernah miss wat kuih ni..mmg sedap..lagi pedas lg sedap...tp aunty sy try wat kuih ni tapi tak mnjadi...katanya..bila dlm minyak panas 2...jd lembut pula


25-06-2009, dahliadahlan komen :

.#.. apa kata kalo masa menggoreng kuih siput ni..dalam minyak tu letak daun kari. .#.. rasanya lebih sedap.


27-08-2009, sueozana komen :

slmlkm... kkak i pkai gantikn daun kari dg rempah kari jerk... lagi trasa dia pnyer kari n kpedasan, best gak..


10-09-2009, atie_carpenter komen :

haha..aku ni sblm ni x penah pon minat wat kuih..tapi mula2 aku blajar kuih ni la aku try wat dlu.. simple sgt dan sdap...


21-09-2009, isaura komen :

ada x resepi kuih siput yang lembut tapi rangup selalu terkena yg keras mcm nak patah gigi...please share kalu ade erk...


08-10-2009, shazrina77 komen :

untuk lembut lebihkan lagi marjerin 2..... try lah


21-08-2010, put3_semi komen :

rasanya nak bagi kuih siput lembut kn guna santan tapi jgn uli keras sgt nti sakit gg..hehe


12-10-2010, jeya komen :

nanti hari ray i nak cubalah,lepas baru komen


15-03-2011, rosaross komen :

macam nak buat sendiri la........... nak bik tempahan tahun ni.hehehe.....bole tambah udang kering blender kan... tocey,myresepi.........


15-03-2011, sujamang komen :

yumy


15-03-2011, sujamang komen :

yumy


21-08-2011, Azlainy85 komen :

menjadi.... terima kasih ye....


03-10-2011, ayuraihanah komen :

kalu nk garing n lembut..try cairkn dulu marjerin..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd