oleh: tuntung15 Agar-Agar Kering Berperisa

Pa070227

1st time buat. Hasilnye amat memuaskan. Musuh utamanyer hujan dan sang semut.


Created on : 06-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Banyak wei.......k ogy buat 3 adunan )

  • 50gm Agar-agar kering
  • 400gm gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 gelas air
  • Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing

Cara-cara

  1. Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.
  3. P9260175
    Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing. Kak ogy guna emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.
  4. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat. K ogy jemur agar-agar ni selama seminggu.

Tag

agar-agar




Laporan Masakan Bergambar (1)

S4030392
21-10-2007
Memandangkan ini pertama kali membuat agar-agar kering, saya cuma membuat 1/2 adunan sahaja.tapi telah mengubah sedikit resepi dengan megurangkan kuantiti gula halus dan menggantikan dengan gula nisan. Hari ni baru hari pertama menjemur.. Tak sabar nak tunggu die kering , cuma takut tak menjadi sebab kuantiti gula pasir dah dikurangkan.. :(
Laporan oleh: ct_cucubi

Komen (1)

02-11-2007, mamabukhary komen :

lama dah x mkn agar-agar kering....dulu tiap-tiap tahun nenek saudara mamabukhary buat bisnes ni la..x tau la skrg dia buat lg ke tak?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu