Google+

oleh: AmyCheong68 Cucur Topi

No picture

Resipi dari makcik jual kuih di Nilai


Created on : 05-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi AmyCheong68




Bahan-bahan ( Agak-agak 15 biji sederhana )

  • 90gm gula pasir
  • 300gm tepung beras
  • 375ml air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Satukan tepung beras,garam dan gula pasir ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan kacau hingga adunan sebati.
  3. Tutup mangkuk dengan tuala bersih. Perapkan selama 2-3 jam.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali kecil yang melengkung. Tuangkan sedikit adunan dan goreng hingga bahagian tengahnya naik seperti bentuk topi.
  5. Bila bahagian tepi kelilingnya agak garing, angkat dan sejatkan minyaknya.

Tag

kuih








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (26)

18-04-2008, sweet-melorina komen :

mana gambar?


18-04-2008, sweet-melorina komen :

boleh bagi tahu sejarah cucur topi nie?


18-04-2008, sweet-melorina komen :

kuih ini susah nak dapat laa...remaja skrg ramai dah x tahu buat laa..


04-12-2008, akma_4th komen :

puas sy search kat tenet td nak cari resipi cucur topi nih. rupanya kat MYR ada. hehe, boleh try ni. nnti sy tempek gambar.


04-12-2008, HaSue komen :

akma,camner rupe cucur topi ni..gi wat lekaih,nak tau gak rupe dier camne.hehe..x pnh dgr nama cucur nih.kot2 kat sini panggey name lain ke..ehe


04-12-2008, akma_4th komen :

amboi HaSue, xsabar nampak. bentuknya mcm topi la, sbb tu panggil cucur topi. kt kelantan, kami mkn time breakfast. kat kedai kopi banyak dijual. tp xcukup la klau main beli. tu yg nk cr resipi, klau buat, dpt byk. tu pun klau menjadi. ;-)


17-12-2008, akma_4th komen :

sy dh cuba, tp xjadi. xada bentuk topi n keras sgt2. :-(


17-12-2008, dayang_jack komen :

dayang pun dh cube buat td, jd n naik mcm bentuk topi tp ade keras sket.. nasib baik wat setengah adunan n goreng sebijik je. pas tu, dayang campurkan dgn tepung gandum n tmbh air panas sedikit. mayb esok nk goreng semula. nanti submit klu berjaya.


18-12-2008, akma_4th komen :

wah, dayang wat jadi ek. ssh la nak wat kuih tradisional ni. xkena teknik skit, terus xjadi. sy ada tanya sedara, dia kata kena bancuh pekat dulu baru lah boleh tambah baki air untuk cairkan adunan. tp xpasti la plak. nak kena cari sifu kt kampung la.


18-12-2008, dayang_jack komen :

slm akma_4th, mlm td try wat 3 biji lg sb trasa nk mkn. rasanya sedap gak. dayang campur ngn tpg gandum sket. ari ni nk wat lg yg lebihan smlm tu...hehe..klu bt2l jadi, dayang submit laporannya...btl tu akma, klu ikut teknik yg btl sure xde mslh.


18-12-2008, akma_4th komen :

klau mcm tu nak try lg la. kuih feveret nih. dayang letak brp sudu tepung gandum? lebihan tu simpan dlm esbok ke?


18-12-2008, dayang_jack komen :

akma, dayang letak dua sudu tpg gandum n tmbh sket je air panas dlm 3-4 sudu. smlm ingt nk simpan dlm fridge tp xde ruang. so simpan dlm oven je lah. jap2 lg nk try goreng. smlm goreng, isinya xlah keras sgt mcm yg mula2 tu(trasa nk patah je gigi..hehe)..


18-12-2008, akma_4th komen :

bagus la dayang. berani cuba n alter resipi ek. hehe... mcm kita la, kerasnya kuih yg xjadi tu mcm nak patah gigi. tentu dah xcun bila gigi depan xde kan? jom kita sm2 wat k.


28-03-2010, suriaiman komen :

kalau kat sebelah kedah kita panggil cucur jawa. warna coklat kuihnya.


13-04-2010, samarasa komen :

arap2 jadi laaa


12-01-2011, rinza komen :

ha...a..la nak tanya x yah isi gula merah ke.selalukan warnanya coklah.saya dah lama nak cari resepi kuih ni


12-01-2011, nOOrsha komen :

rinza : untuk resepi cucur yg awak cari, boleh search resipi CUCUR JAWA.... same ngan cucur topi ni, cuma resipi tu pakai gula merah... :)


14-01-2011, ibu_maiyakaina komen :

sya dh buat kuih ni. sya panggil kuih penjaram sbb kat sabah panggey nama tuh. sya buat campur gula merah tp x jd pun bulat kat tgh mcm topi tuh..dh jd mcm topi leper je..hehe..sya rasa ada kesilapan teknikal tp x tau tang mana..:)


19-02-2011, nuyunadiah komen :

dah 3x saya try buat..tp x jadik pok..huhu cdey sgt...jadi leper je..sukatan da betul..xtau kat ne clap..frust ngguh.. mm minyak masa nak goreng tu kene banyak cam goreng jemput2 ke camne ek?


20-02-2011, lamila komen :

salah satu kuih kegemaran sy ni.nk cuba buatlh..tq amycheong68 coz kongsikn resepi ni...


25-02-2011, faizahdamia komen :

cucur topi ni yang mne ek?letak la gmbar br knl..he2..mgkin knl tp xtau nma or ada x nma ln bg cucur topi ni?


27-02-2011, syikin80 komen :

kuih kegemaran husband ni. nk cuba lah


27-03-2011, roziey komen :

x pernah wat lg ni,tp dh cuba mkn...sedap..igt ct ni nk cuba wat lah.mtk2 jd la ya....


04-06-2011, adame komen :

klu nak lembut kuih tu plu campur dgn tepung gandum baru anjal...klu pakai tepung beras 100% dia jd rangup dan keras....


04-07-2011, syamastura komen :

en somi pun suka kuih ni...die panggil kuih telur...mula2 pelik gak....tp nasib cepat pick-up...terus search resipi...lalalalaa


25-11-2011, mim71 komen :

Gambor die Cuba google kat blog areryouri..... :))


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu