oleh: DianaA Kek Marble Blackmore

Kek_marble_blackmore_2

Resipi dari Sis Blackmore. D suka kegebuaan kek ini .


Created on : 04-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Share


Bahan-bahan ( 1 loyang 7 x 10 inci )

  • Bahan A
  • 250gm butter
  • 1 tsp serbuk vanilla
  • 30gm susu tepong
  • Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.
  • Bahan B
  • 160gm gula kastor
  • 7 biji kuning telor
  • 6 biji putih telor
  • 1 sudu makan ovalette
  • Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.
  • Bahan C
  • 200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
  • 200gm tepong optima / tepung sponge cake mix (yang nie tak payah diayak)
  • 3 sudu makan susu cair

Cara-cara

  1. Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stopped the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.
  2. Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.
  3. Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam.
  4. Kek_marble_blackmore_1
    Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (1)

Img_3052
25-03-2011
sedap marble cake ni ... manis dia just nice, texture pun tak kering. buat separuh adunan, muat dalam loyang 6' :)
Laporan oleh: et3rNiTy

Komen (3)

08-11-2007, kimin_03 komen :

Ape fungsi ovallete yek?


31-12-2007, nethna komen :

nampak mcm sedap jer terliur aku.....


09-02-2009, aufaamna komen :

ovellet untuk melembutkan kek


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu