Google+

oleh: Netty Laksa Sarawak

Laksa_sarawak

Masakan dari Sarawak dan masa dianggarkan untuk memasak 30 minit. Gambar dari Laporan Masakan


Created on : 28-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Netty




Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 paket mee bee-hoon
  • 1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 kg taugeh
  • 1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
  • 1/2 kg udang
  • 3 biji telor ayam
  • daun ketumbar
  • limau nipis
  • >> Sambal <<
  • 2-3 sudu cili kering ditumbuk
  • bawang merah dan putih ikut suka
  • belacan sebesar 1/2 kotak mancis
  • minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
  2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
  3. Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
  4. Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
  5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
  6. Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
  7. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah lakasa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.

Laporan Masakan Bergambar (3)

Laksa_sarawak
05-08-2007
jeng jeng... laksa sarawak dah siap!
Laporan oleh: minami133
Laksa_sarawak
16-01-2008
dah buleh letak gambor dah kottt...
Laporan oleh: Penyulawa
Crop_laksa_swk
09-06-2009
tgh mkn br teringat nak ambik gambar....sedap, lemak brkrim...
Laporan oleh: lisafiq


Komen (45)

30-09-2006, may komen :

ada kah netty dari sarawak. orang sarawak masak laksa sarawak pasti ada rasa yang istimewa. kan ????


25-10-2006, FAIRUZA AULA komen :

mana nak beli rempah laksa tu. ada tak resepi untuk perencah tu. Leh cuba kat sini.


09-11-2006, lyviastones komen :

KALAU KAT SWAK ADA LA REMPAH LAKSA DIJUAL KAT SUPERMARKET.MURAH JE REGANYA...DALAM 4 -5 INGGIT...TAPI KAT SINI (SEMENANJUNG) TAK PERNAH PULA NAMPAK REMPAH TU DIJUAL...


14-11-2006, inaz komen :

saya minat resepi mee kolok tapi tak tahu buat macammana ade resepi nya ....?


17-11-2006, babby245 komen :

Hai! Kepada kawan2 yang berminat nak cuba resipi nie tapi tak tahu kat mana nak beli perencah laksa tu boleh lah datang ke Sarawak, Paradise in Borneo kat 25 Jalan Bukit Bintang(sebelah Federal Hotel). Macam macam ada kat situ!


21-11-2006, aliya komen :

kat semenanjung memang takde jual perencah laksa tu.lau nak kena order kat sana.saya sendiri order kat makcik.memang sedap.dah cuba dah.lau tak caya cuba buat.


28-01-2007, rahman bestari komen :

perencah laksa sarawak memang tidak dijual di semenanjung malaysia dan sabah. hanya terdapat di sarawak sahaja. paket besar rm6 manakala paket kecil rm2. berat bersih tak ingat. kena survey dulu. tapi kalau ada sesapa yg berminat terutama rakan-rakan di semenanjung, boleh lah memesan drpd kenalan dari sarawak okay.


28-01-2007, umi_e komen :

ermmmm tak ada ke sapa2 tau cara nak buat perencah atau paste laksa sarawak tu... kalau dah dapat tau bahan kandungan untuk perencah tu... sudah pasti tak ada masalah untuk pesan memesan ni ;) umie dok tanya2 orang sarawak tapi setakat yg umie dah tanya tak ada kata tau... camna ni????


05-02-2007, abbyrosley komen :

Saya nak oeder perencah laksa sarawak...ada sesapa leh tolong?


21-03-2007, Netty komen :

buat kawan2 my rersipi... Kalau nak perancah laksa sarawak memang ada di jual kat s'wak, Kalau nak beli bolehlah hubungi netty di nettyhaddy@yahoo,com. Haraganya tak lah begitu mahal sangat. Ianya terpulang kepada besar dan kecil paket laksa tersebut. Kalau nak apa2 soalan emailkan kepada netty seperti yang diberi tadi.


23-03-2007, aja_ummi84 komen :

pembayaran nyer mcm mana plak??aiza pon ade resipi laksa sarawakk.. nti aiza paste kan.. tp tak pakai perencah nih..sume buat sdri..


06-06-2007, mastika komen :

untuk lebih sedap lagi ambilkan kepala undang yang telah direbus blenderkan dengan paste sampai hancur baru masuk semula dalam air rebusan. Sebelum masuk santan dan perasa tapiskan dahulu paste bila hampir masak tambahkan susu cair 1/2 tin barulah sedap dan ori.


27-06-2007, dakdeng84 komen :

sedap laksa nie tau...rugi klau x cuba...netty sy nak tanya awk nie org sarawak ke?? sy slalu makan laksa nie...


05-09-2007, kiddielovers komen :

laksa ni memang jenis yg kering ke?..base sy jumpa sumanya banjir..


05-09-2007, kiddielovers komen :

tapi sy tak pernah makan lagi..semua kenalan sy tak tau resipi laksa srwk ni..mesti best kan..kena cuba nih


14-11-2007, arewana komen :

mcm ne nk wat kuah laksa srwk ni yer? adakah macam kuah laksa kedah dan kuah laksa p.pinang?


17-11-2007, Faridah Hanim komen :

emmm klau psl perencah ni rasenye da xde masalah. mcm sy kat johor nih bley dptkan perencah laksa xkire la klsa jhor ke kedah ke even sarawak pun ade..


17-11-2007, Faridah Hanim komen :

yg sy jumpe tu bg sesape yg tinggal kat jb tu bley dptkan perencah tu kat plaza angsana


17-11-2007, Faridah Hanim komen :

emmm tapi kan knape gune bee hoon bukannye mi laksa?


28-11-2007, harianna komen :

setengah resipi laksa sarawak ni guna pes laksa sarawak.dr mana kita nak dpt pes tu? atau boleh buat sendiri?


27-12-2007, deqma komen :

nak tny ni.... kalo guna air rebusan daging/tulang lembu leh tak???


16-01-2008, Penyulawa komen :

ni favourite kita... kita stock rempah laksa tu kat rumah. sbb penyediaan dia senang sangat, kalau time malas semua main humban jer... semua main rebus jer... air rebusan udang tu kita blend dgn kulit dan kepalanya kemudian tapiskan campur dalam air rebusan ayam... ish... dah terasa2 kat tekak... yang best tu daun ketumbar... kalau di kuching, daun ketumbar setinggi pokok taugeh jer... psttt: camana nak hantar gambar?


26-02-2008, nazmus komen :

baru wat laksa swak last weekend....kami selalu guna paste laksa brand double red swallow....sedap


22-03-2008, emyomar komen :

pernah makan laksa sarawak sebelum ni..teringin nak buat sendiri tapi mana nak cari pes laksa sarawak kat area Melaka ni..


04-07-2008, ayus komen :

netty... perencah tu kt penang ngan kedah ade ke tk.. mmg nk try wat laksa sarawak ni tp tk tahu camne.. help me lehke netty.. tq :)


17-09-2008, najwafathinah komen :

ngape laporan bergambar minami sama dengan gambar laksa netty??


05-10-2008, along83 komen :

netty,, brand pes laksa sarawak apa yg pling best?? slalu gak mkn kt bintulu nie, tp mmg tak tau nak buat cmne..dah tgk resepi netty ni, tingin plak nk cuba...


11-10-2008, cairiel komen :

oo hari ni open house buat laksa sarawak, order perencah laksa dari mak mentua kat swak. harga dia rm 3.25 200g yg besau x tahu.. mcm maner nak kasi lagi kick ekk


17-01-2009, miedievinsa komen :

brand laksa yang mana paling sedap?saye ne tau makan je tapi tak tau nak buat la.laksa kat A1 BDC and bintulu laksa house la paling sedap yang saya pernah rasa lah.


17-01-2009, miedievinsa komen :

hai,lupe la nak tanya pasal buah kelapa tadi.kalau di tukarkan dengan santan peket itu kan,berapa bungkus yang perlu di gunakan untuk menyedapkan kuah laksa itu?


03-05-2009, mama@isya84 komen :

miedievinsa, boleh jer guna santan paket..guna 2 paket...kasi pekat baru power..nak tye faridah hanim, kat angsana tu, apa nama kedai yang da jual sambal laksa tu..kalau g sarawak, sebelum nak ke mana2, naik kedai mkn kat air port kuching tu dulu.I pnah try lksa swk kt situ. Sdap!!!


21-08-2009, adam4848 komen :

ehm...ehem...kepada siapa yang nak makan laksa sarawak kat area semenanjung, now dekat penang saya ada buka di pasar ramadhan di kampung melayu,air hitam,penang......nak oder perencah laksa swak pon boleh...call ja 0124401346...saya akan melayan anda...


26-08-2009, atehana komen :

salam.. tumpang lalu tuan rumah.. saya pun ada membekalkan perencah laksa sarawak.. leh visit kedaiana dot blogspot dot com.. hehe.. time kasih


09-12-2009, zainorazlin komen :

Boleh beli perencah laksa sarawak di sini http://laksa-sarawak.blogspot.com/


29-11-2010, dayang82 komen :

mmg sedap laksa sarawak.kalau hirup kuah sampai x sedar hingus kua,btape sdpnyerr....


04-01-2011, firdain komen :

btol3..


18-01-2011, darenza komen :

laksa sarawak ni memang sedap, dulu saya pernah buat kuahnya sendiri kalau perencah yg beli kurang sedap. terkilannya buku resepi hilang sampai sekarang nak buat kuahnya tak dpt coz lupa resepi. perencahnya pakai rempah kari, bijan semua kena mesin...sesiapa yg ada rahsia resepi rencahnya kongsilah...


09-03-2011, Chef Aida komen :

Saya ada buat kelas masakan untuk Laksa Sarawak ni, sesiapa berminat boleh add facebook Chef Aida


21-03-2011, atie81@yahoo.com komen :

kalo kta nak pky santan yg dlm kotak tu blh ker? sukatan nak bg brape kalo guna santan yg dlm kotak tu??


06-04-2011, chintaqu nur damia komen :

sesiapa yang nk perencah laksa swk bleh order je kt sye yea...d jamin ori n sdp owh...juz e mail di norashidahmorsidi@yahoo.com.my


20-06-2011, ummiafiqfaiq komen :

ada orang kata kalau nk kuah yg lagi sedap boleh cmpr dgn kulit udang yg dh dblen..kemudian cmpr ckit dgn kaki ayam utk air rebusan..btl ke?


14-07-2011, mazlanzain komen :

ada officemate br balik dr sarawak. hadiahkan sy 3 bungkus kecil pes laksa srwk, sbb dia tahu sy ni mmg 'hantu laksa'. insyaallah akan try buat sdiri.


09-11-2011, Endun komen :

Tiap kali balik, atau tiap kali ada orang balik Sarawak mesti beli ataupun pesan kat orang suruh beli....... Nak buat pun simple je.... Aku ada resepi buat pes laksa sarawak ni. Ada seorang chef tu dia kongsikan bagaimana nak buat pes tu kat salah sebuah majalah. Tak taulah mcm mana rasanya. Aku pun belum try lagi. Nanti aku kongsikan kat sini ye....


09-11-2011, Endun komen :

Rempah Laksa Sarawak Bahan2: 20 ulas bawang merah 8 ulas bawang putih 5 biji buah keras 15-20 tangkai cili kering (dibuang biji & direbus) 2 cm lengkuas 4 batang serai 1 cm belacan 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis ½ cawan kacang tanah (dipanggang sehingga kuning keemasan & dikisar lumat) ½ cawan bijan – panggang Cara membuat: Kisar semua bahan sehingga menjadi pes yang lumat & tumiskan bahan di atas dengan api sederhana hingga pecah minyak & pekat. Anda boleh sejukkannya sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara untuk digunakan kemudian. Selamat mencuba..Aku pun nak try juga hehehe..


12-04-2012, iskandarudin komen :

Berita baik untuk peminat Laksa Sarawak di Semenanjung Malaysia. Saya adalah pembekal pes Laksa Sarawak Hj Manan dan kini berada di semenanjung malaysia. Sekiranya anda berminta untuk membeli pes tersebut, sila hubungi saya 019-8299460 atau email ke iskandarudin@yahoo.com. Order juga boleh dibuat secara online melalui page FB Laksa Sarawak Haji Manan.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd