Google+

oleh: DianaA Biskut Fancy Ice Cream

Fancy_ice-cream_cookies_2_kecil

Resipi ini adalah hasil sumbangan Kak Zubaidah. Sekali D mencuba terus menjadi, dan rasanya memang ranggup dan sedap.


Created on : 04-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Bahan-bahan ( 50 - 60 ketul )

  • 130gm mentega
  • 60gm gula aising
  • 160gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 20gm tepung kentang
  • 10 gm tepung kastad
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 20gm serbuk badam
  • Topping
  • coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
  • butiran permata, sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
  2. Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.
  3. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
  4. Alatbuatbiskuticecream
    Ini pula adalah contoh penggelek gerigi yang juga selalu kita gunakan untuk buat tart gulung dan contoh acuan untuk buat Biskut Fancy Ice Cream.

Tag

biskut









Laporan Masakan Bergambar (1)

Kuih_aiskrim
13-09-2009
nie untuk raya....tapi atasnye sy xwat jalur2...plain jer...menjadi jugak
Laporan oleh: hudazdi

Komen (7)

08-09-2009, NurAlin komen :

Salam DianaA..... Saya nak tanya sikit,tepung kentang memang ditulis sbg tepung kentang ke kat packing nya? Maaf, baru belajar...Thanks.


07-02-2010, mama_nora63 komen :

tepung kentang nk dpt kak mane kak?puas cari tapi tk jumpe


07-02-2010, mama kastam tioman komen :

biasanya terdapat di kedai menjual bahan2 membuat kuih..pada pack dia tulis tepung kentang..kalau tak ada bolih di ganti dengan tepung ubi..


24-06-2011, sewza komen :

Salam tuan rumah, Blh sy tahu teknik nk celup coklat pada biskut ni agar tak bersememeh sebab biskut ni cuma bersalut coklat di bahagian atas aje. Tq


04-07-2011, seriluvbake komen :

senang je nak buat saya pun ada tengok resipinya di tv


18-08-2011, azzalianurqistina komen :

saya pon nk tnya mcmana nk celup coklat bg nmpak cantik mcm ni,,,,,


13-09-2011, jivitha komen :

resipi resipi ini sangat berguna... terima kasih....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd