oleh: mama_myvi Labu Sira

P9291072

Lagi resepi dari Ibu Mertuaku


Created on : 01-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mama_myvi




Share


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *1/2 biji labu kuning (buang kulit & dipotong ikut bentuk)
  • *1 liter air
  • *1 sudu teh kapur
  • 1 biji gula melaka (hancurkan)
  • sedikit garam
  • 6 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda * dan rendam selama 8 jam.
  2. Bersihkan labu yang telah direndam tadi, toskan.
  3. Di dalam periuk, aturkan daun pandan, taburkan gula melaka, letakkan labu yang telah dibersihkan tadi.
  4. Ulang proses di atas sehingga habis. Kemudian taburkan sedikit garam dan curahkan 1/2 cawan air tadi.
  5. Masak di atas api sederhana sehingga air agak2 kering sedikit.
  6. Selamat Mencuba..


Laporan Masakan Bergambar (1)

Pic01
08-02-2012
Mama_myvi, saya buat hari Isnin lepas.. gula Melaka yang saya gunakan gelap, tu yang hasilnya pun gelap.. saya suka sira labu ni.. terima kasih share resipi..
Laporan oleh: LynnSham

Komen (3)

16-04-2008, suriz komen :

nk tanya, nape nk kna rendam ngan kapur ye? kalu x cukup 8 jam bole ke?


16-04-2008, muziana komen :

sedap nyer labu sira....makanan nie famous kat kelate....dh lama tak makan...nak try ler


28-09-2011, kasma30 komen :

Maaflah saya org baru dlm laman ni...ni nak tlg jawab soalan suriz..mengikut mak saya, rendang nga air kapur ni utk mengeraskan labu tu maksudnya yg kat luar tu keras tp dlm still lembut...jadi labu taklah hancur bila rebus lama2 macam dlm gambar mama myvi tu.....klu tak rendam lama nanti mudah hancur bila kita nak kacau nanti....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu