Google+

oleh: Mat Gebu Biskut Ole - Sayang

Step_by_step_557

Tak tau lah apa nak kata dah, sebab letih, kalau sudi boleh lah cuba yeaa...yang penting rasa tidak mengecewakan!!!


Created on : 30-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( 100 - 120 keping, bergantung pada acuan )

  • BAHAN A:-
  • 165 g mentega
  • 90 g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh minyak sapi
  • BAHAN B:-
  • 120 g tepung kacang hijau*
  • 140 g tepung naik sendiri (self-raising flour)*
  • 80 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh sodium bicarbonat*(*digaul dan diayak)
  • 50 g Hazelnut, dikisar halus
  • BAHAN HIASAN:-
  • Kuning telur untuk disapu
  • Bijan secukupnya

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan kuning telur dan minyak sapi, pukul lagi hingga berkrim. Tidak perlu terlalu kembang.
  2. Satukan hazelnut kisar bersama2 tepung yang telah diayak tadi. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam no.1 hingga menjadi doh. Doh akan kelihatan sedikit kering.
  3. Keluakan doh tadi dan kepal2kan. Tutup dengan tuala lembap. Ambil sebahagian doh, canai setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan yg digemari. Susun dalam dulang pembakar.
  4. Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar pada suhu 150C selama 12 - 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Tag

kuih raya

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (3)

02-10-2007, kakfiza komen :

cik mat..bskut ni guna self raising flour n bikarbonat...x kembang sgt ke? but bila kfiza tgk pic kat atas tu mcm best jer bskut ni.......


03-10-2007, Mat Gebu komen :

kak fiza, biskut nie just nice tak kembang sgt (cuma kembang skit dan ringan), resipi asal lagi leer, siap depa bbuh baking powder, tapi mat abai kan yg tu, sebab kita dah boleh bayangkan tahap kembang dia kan bila bbuh baking powder!!!


28-09-2011, eza1126 komen :

mat guna mentega brand apa ye...?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd