oleh: Lilydvalley Biskut mama carries

Mamacarries

Biskut yg menjadi kegemaran ramai.


Created on : 30-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Tag

cookies




Laporan Masakan Bergambar (13)

Pict0344
02-10-2007
taraaaaa....
Laporan oleh: rrozie17

hehehe rozie..biru ijau lagi ya! nice color!

Dscf7365
08-10-2007
sedap!
Laporan oleh: minami133

dpt gak mkn mama carries kat nihon ya...:-) Selamat hari raya...

Dsc02006
08-10-2007
xde senilah..... heheheee... biskut ni memang sedap, cantik. anak2 suka, xtaulah sempat simpan sampai raya ke x... seblm ni ada cuba resepi lain xberapa jadi... .. tq
Laporan oleh: nieta399

nieta...ok la tu...janji sedap! tqvm

Biscuit_mama_carries
16-12-2007
first time buat kuih menjadi..sedap!!
Laporan oleh: Witra
Dsc00305
12-01-2008
gambar gelap skit sbb dah wak masuk lam balang. sedappp!
Laporan oleh: zlinda_mz
Dsc03514
09-06-2008
projek kerassss tangan ptg smlm ... teringin nak mkn biskut raya .. ehehe .. berbaloi buat sbb kids suka siap bawak skul .. wlpn cerewet nak siapkn .. ari ni dah tggal habuk .. tQ lily ..
Laporan oleh: yatiezaini

Ler...ada org buat kuih raya rupanya...meriahnya k yati!

Dsc03533
11-06-2008
new transformasi of MC cap ibu & anak ... ampun lili ... projek cuti umum semlm .. tQ lili
Laporan oleh: yatiezaini

ayoyo k yatie...sikit punya meriah...ni biskut depavali ke?

New_one_004
20-09-2008
kak lily.. nie ler hasil usaha asmi yg x seberapa..xde berlorek2.. mmg mencabar.. tp bila tgk n rasa hasil, sejukkkk ati :)
Laporan oleh: asmiaishah

asmi, taun depan cuba lagi ya... kasi kat nabil lorek cantik2.. tqvm

P1025033
21-09-2008
saya first time try buat biskut nie... biskut dia caktik tapi gula nya ada "bubble" dan tak tebal... ada tips tak untuk letak lapisan gula atas agar lebih kemas?
Laporan oleh: adamiqbal

gula ada bubbles, means, u pukul putih telur x cukup kental. tak pe...cuba lagi. tqvm

21092008409
22-09-2008
Zue pun dah try buat..First time..rasa dah sedap..cuma atas tu..tak berkilat n cantik mcm org lain buat... gak nye pasal pe ek... tak pukul gula ngan telor sampai btol2 sebati ke?
Laporan oleh: zureyna

zue, pukul telur kurang kental...anyway, tq 4 trying.

Image031
24-09-2008
menjadi n sedap......kawan ngan bf pun puji....
Laporan oleh: nokia8432
05102008_010_
05-10-2008
Resepi u memang best.
Laporan oleh: amy08

tq amy...

Image009
09-11-2008
kaklily buat masa pose ari tu.. sedap sangat... belum raye dah abis daaa.. ni gambo lum bakar.. yg dah bakr lupe nak ambik gambo...
Laporan oleh: suha

Komen (30)

30-09-2007, niksue komen :

biskut paling best in the world....kalau raya org jual sampai rm50 100bj


30-09-2007, Lilydvalley komen :

niksue, skrg boleh buat sendiri & save RM50 tu...


30-09-2007, s_shamen komen :

wah wah wahh lily..kuih raya lagikk??? berapa jenis dah u buat???


30-09-2007, Lilydvalley komen :

4 jenis shamen...:-)


30-09-2007, s_shamen komen :

diam tak diam dah 4 jenis..i malam ni baru nak start buat. mula mcm nak buat 2-3 jenis jerr...tapi nampak kuih u niii...rasa mcm nak buat kuih ni jugakkk...dah kena tambah list lagikk. (mcm lerr ramai org nak datang rumah i nihhh)...


30-09-2007, mrsdayat komen :

amboii k lily..weeknd projek kuih raye aaa...hehhehehe


02-10-2007, kakfiza komen :

wah lily...dah byk buat bskut ye...kfiza ni tmpahan byk lagi...yg sendiri punya pun x de lagi...


03-10-2007, nasrin komen :

hi..lily..biskut looks nice gonna try 4 raya this year


13-12-2007, Princess of Heart komen :

Lilydvalley ,saya masih tak faham ,saya kena gunakan pengorek gigi untuk buat corak buluh itu terlebih dahulu sebelum biskut diangkat dan di titikan dengan warna pilihan saya >>>>??titikan nak guna apa supaya biskut kemas dan tak comot ?


14-12-2007, nurbalqis81 komen :

P.O.H. saya rasa..maksud dia..selepas biskut diangkat dari acuan..letak dalam loyang, kemudian letak putih telur yang telah dipukul dengan gula, kemudian titikkan emulco/ pewarna dengan hujung lidi, dan dengan hujung lidi tadi...lorek sesuka hati..lihat hasil seni sendiri...comot pun seni jugak..tukar nama 'mama comot'..tq


17-12-2007, Lilydvalley komen :

hahaha qis81...u buat ajaran sesat ler...POH, utk hiasan tu.. telur yg dah kembang tu, ambik 1 sudu, masuk kat mgkuk lain, titikkan emulco(choc or any flavor), kacau sebati. sapukan telur putih tu atas biskut, then gunakan toothpick utk lorekkan telur yg dah dibagi emulco tdi atas telur putih tu...leh imagine x?


05-06-2008, zhiela_85 komen :

nak tanye yg topping kt ats biskut tu nak letak bile ek?ms biskut dah msk ker?


20-08-2008, noraida komen :

hai lily aida pun nak tanya bila nak letak toppingnya after or be4 baking.leh lah tambah pendapatan bulan puasa ni tq


20-08-2008, NORATIKAH... komen :

nMpK BeNoR kuIh2x nIe SDaP.. HuHUhe.. oRaNG pUaSa BlEy TeBuKa... aHaKxXxXx...


21-08-2008, Lilydvalley komen :

utk zhiela & noraida... sila lihat resepi. I dah edit utk lebih paham. Hiasan di letak B4 biskut dibakar.


24-08-2008, angahku komen :

mai nak tolong jawab...dari ape yang angah baca kat resepi tu...topping letak atas biskut yang dah diterap sebm dimasukkan dlam oven. kalu letak pas biskut masak akibatnya topping nye tak mengeras..betul tak tuan punye resepi...memandai aje angah ni...angah pun nak wat juge utk raye ni...same2 kite cuba key...


07-09-2008, khairun komen :

macam mana nak letak toping tu atas doh yang di terap ngan acuan heart? tak faham la.


19-09-2008, sweetrea komen :

smlm dah siapkan biskut mama carries ni. sedap sangat. tq


19-09-2008, jasmin komen :

hye. i mmg dah try u nye biskut nie. mmg sgt sedap. tp cmne eh nak kasi spy topping die x comot sampai jatuh2 ke bwh???kene pkl telur tu smpi btl2 pekat ke????


21-09-2008, gar_field79 komen :

jasmin,act saya pun baru nak try buat nih dan saya ada juga buat tinjauan cara nk bagi cantik topping tuh,petuanya ialah gunakan hujung jari utk buat toppingnya,nanti kalau betul method ni i bagtau semula k..selamat mencuba


22-09-2008, mazurah komen :

mazurah dah buat biskut ni malam tadi..terimakasih lily atas resepi yang begitu sedap sekali.cuma yang tak best sikit..mazurah nampak regangan diantara putih telur dan base biskut tersebut..adatak cara lain upaya topping tersebut melekat pada base biskut tesebut


22-09-2008, mazurah komen :

mazurah guna nozel muncung kecil untuk sapu putih telur kat atas biskut tersebut..


29-09-2008, hazellychoc komen :

saya buat semalam,x jadi pun....penipu jer semu orang....gula icing dia meleleh jer...x jadiiiiiiiiiiii....xleh percaya la semua orang nie..


01-10-2008, mrsdayat komen :

hazellychoc.. org lain buat sume jadik. cube tgk kat laporan masakan tu..sume kate ok jer.. kalo dh sorang2 kate xjadik, jgn nak kate org penipu.kalau icing tu terlalu cair, bule tambah gula icing/ tepung sket2. ikut kreativiti sendiri..


07-10-2008, Lilydvalley komen :

hazel, amboi! marah sgt nampak biskut raya x jadi. x ape...cuba lagi lain kali. Jgn suka tuding2 kat org lain. Cuba tuding kat diri sendiri & tanya apa silapnya, b4 tuding kat semua org kat sini. apa2 pun, terima kasih kerana sudi mencuba. Selamat hari raya.


07-10-2008, nor_67 komen :

:)


12-10-2008, akmar karim komen :

asalamualaikum..lilydvalley..saya dah buat ikut rk resipi lili..alhamdullilah menjadi..dulu buat selalu x jadi untuk hazel...jgn marah2...masa buat kena relax insya allah jadi


13-10-2008, Lilydvalley komen :

tq akmar.


28-10-2008, sua_sue komen :

hmm..da 2 x cuba..sedap tp topping mmg fail..rasa telur da pukul samapi putih...tp fail jugak..apela salahku ek...


07-11-2008, myrahusna komen :

baru ni jumpa resepi, raya dah lepas pulak tapi takpe, raya aji kita cuba. tak sempat tahun depan lee jawabnya. t.q.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu