Google+

oleh: mutiarazura Ikan Merah Kukus

Paprik_018

masak stim, 3S - senang, sihat & sedap!


Created on : 29-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mutiarazura




Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)
  • 3 helai daun bawang - potong bulat bahagian bawahnya yang warna putih/hijau muda tu, x yah amik daunnya)
  • segenggam daun katumbar
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1 batang cili merah - dipotong
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Ikan dikelar-kelar dan dilumur sedikit garam.
  2. Masuk dalam pinggan tahan panas. Lumurkan sos tiram pada ikan dan curahkan kicap cair.
  3. Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan yang dikelar tadi (both sides).
  4. Tabur daun bawang, daun ketumbar dan cili merah potong ke atas ikan.
  5. Akhir sekali titiskan minyak bijan ke atas ikan dan kukus selama 20 minit attau hingga ikan masak.








Laporan Masakan Bergambar (2)

Ikan_merah1
10-01-2009
mmg 3 s.. mkn ikan tanpa nasi pun dh kenyang.. sedap, thanks zura..
Laporan oleh: sunkist

welkam!

P1020237
11-04-2010
sdpnya lauk ni..ank2 nak ikan lgi,tp dah abis,sok ngat nak msk bnyk ckit...tq,tq..
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (9)

21-07-2008, zurina_zie14 komen :

wah...........nampak mcm sedap...sy cuba ptg nie....kalo sedap....wah caya same luu...


21-07-2008, zurina_zie14 komen :

wah...........nampak mcm sedap...sy cuba ptg nie....kalo sedap....wah caya same luu...


21-07-2008, zurina_zie14 komen :

wah...........nampak mcm sedap...sy cuba ptg nie....kalo sedap....wah caya same luu...


21-07-2008, meow-meow komen :

ermm...sedapnya nak mintak ckit boleh x


10-01-2009, as75 komen :

salam sunkist.. sedapnya nak sikit.. mutiarazura tq share resipi


10-01-2009, sunkist komen :

sedap as.. mmg senang nak membuatnye.. 10 minit dh siap! as boleh guna ikan red snapper kot.. hari ni msk apa? ;)


10-01-2009, as75 komen :

yes!! memang red snapper sesuai.. cam tau2 je as biasa guna red snapper tu.. bubur utk as yg sakit ni.. ikan lemak cili api utk yg sihat2 tu..


10-01-2009, as75 komen :

yes!! memang red snapper sesuai.. cam tau2 je as biasa guna red snapper tu.. bubur utk as yg sakit ni.. ikan lemak cili api utk yg sihat2 tu..


13-01-2009, akisato komen :

healthy.I will try.senang.cuba buat mkn mlm...huhuhuhu...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu