Google+

oleh: sitiazma Nasi Air Siam

Image004

Senang dan Sangat Sedap!! Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan dibawah sebelum membuat. Sila tanya saya kalau anda tak faham. Selamat Mencuba.


Created on : 28-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sitiazma




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Nasi - dimasak sedikit lembik
  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa
  • BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara

  1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
  2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
  3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
  4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
  5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
  6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
  7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!









Laporan Masakan Bergambar (13)

Nasiair
05-10-2006
memang sedap..tq (^o^)
Laporan oleh: yani

Kalau dah Yani yang buat..sure sodapp :D

Nasi_air_siam
09-12-2006
nasi air nih tambah sayur celur ngan tauhu yang digoreng dan dipotong kecik2.. sedap gak. hubby pun kata sedap
Laporan oleh: dyna

tak penah pulak nasi air siam letak sayur celur...hehhe...kalau dah sedap tu tak kisah la kan dyna..

Dscf3481_resize
01-07-2007
lauk & dressing nasi air
Laporan oleh: joayee

menarik sungguh di mata..bagus betul isteri rajin masak macam Joe ni

Dscf3531_resize
01-07-2007
sedap...tq siti
Laporan oleh: joayee

sedapnya joe..tambah asam limau..makan pedas2..berpeluh sakan..

Nasi_air
22-01-2008
sedapnya nasi air ni Siti Azma..thanks ya :D
Laporan oleh: zaliana

bestnya nampak daging nipis2 awak tu Za. tq cubaa

Step_by_step_924
03-02-2008
Akhirnya, dapat jugak buat resipi ct nihh..sedap, pedas dan berangin....berpeluh body uu!!
Laporan oleh: Mat Gebu

bangganya chef lelaki paling popular MR cuba resepiku. Baguslah tu AMG, biar berpeluh byk2 sikit.

Cimg0051
12-02-2008
pergghhh!..mmg kena pulak dgn cili + limau.. mmg sodap!.. tq ct..
Laporan oleh: masz_73

masz73, kalau biarlama sikit dlm kuah, air ikan bilis daging semua keluar..fuuuhhhs, tambah cili lagi.. simple nak sedap kann. tq

Nasi_air_siam
15-02-2008
sedap tp air cukanya pedas sesangat :)
Laporan oleh: tulip77

tulip77 > terlebih pedass ke? hihi, lenkali buh setitik-setitik air cili tu masa makan..hehe. tq tulip, sudi cuba.

Nasi_air_daging
07-11-2008
yummy..yummy..sedapnyer..pedas tak terkata..tp sedap ler..TQ ya
Laporan oleh: Aziemas
Img_1302
28-11-2008
dlm pggan, sbb mgkuk xde. Hehe.. sedapp.. tq! : )
Laporan oleh: ayu898
Image2113
12-12-2010
terbaekk nasi air ni..da lame buat, baru igt nk anta laporan. daging tu sy siat halus then gorg dgn halia n sket garam. maklomla x mkn daging sgt sy ni. hehehe..thanks for d resepi..:)
Laporan oleh: ericalee
P1090439
18-02-2011
sedap dan pedas sampa berpoloh2 tu...thanks azma..
Laporan oleh: enas_eryna
Img_0071
29-04-2011
mmg sedap...
Laporan oleh: Mamakail

Komen (33)

29-09-2006, azian komen :

Emm... nyam..nyam. Saya suka nasi air. Nk kena try nih.


02-10-2006, kaksally komen :

macam sedap je!!!, terliur puasa puasa ni. kaksally rasa nak cuba lah!


05-10-2006, yani komen :

yummy.. yummy.. memang sedaplah.. air lada takdan nak buat, makan je dgn cili hijau jeruk pun sedap juga.. (^o^)


06-10-2006, admin komen :

sitiazma.. buat sementara ni saya letak gambar dr laporan masakan utk resepi awak ni.. bila dah ada gambar sendiri, awak boleh delete dan upload gambar baru..k ;)


06-10-2006, afifah komen :

Mmmmm... nampak mcm sedap jer.. Nanti saye cube...


08-10-2006, emee komen :

biasa makan kat kedai jer....... kali ni leh la wat sendiri........ bihun goreng tu kalau ganti ngan suhun pun ok gak kan?


17-10-2006, yang komen :

kalau nasi lembik tu ganti ngan nasi himpit lagi sedap kot.


16-11-2006, mak lang komen :

cam best jer...leh cube buat ni. kena plak time ujan2 gini...


20-11-2006, mnah@min komen :

bihun tu goreng lagu mana. nti cuti saya nak try.sesiapa yg tau buat maruku n kuih tepung talam tolong email kat saya.alamat email,Mnah_nah@yahoo.com.tolong ye


07-12-2006, dyna komen :

dlm kuah tu tak yah letak kayu manis ker bunga lawang ker cengkih ker... garam ngan gula jer ker


30-01-2007, sitiazma komen :

dyna- tak payah letak apa-apa. Bau air daging tu dah cukup manis. Kalau letak letak rempah macam-macam nanti namanya nasi sup.


30-01-2007, sitiazma komen :

mnah - bihun yang kering tu, goreng jer dlm minyak biasa. Nampak macam laporan yani tu, kembang cantik jer.


07-06-2007, yanns4 komen :

nak tanya..bihun ni takyah lembutkn dulu ke?..trus goreng je eh?


15-06-2007, raelyn komen :

sedap sangat....suami saya puji.....thanks sitiazma.......cuma....bihun tu saya tak tos betul betul ....jadi di atak kembang cantik kot....macam melekat dan liat sikit.....lain kali saya try buat molek lagi....thank you....


24-07-2007, pfp4957 komen :

ape la catir bab bubur pun pjg lebar.


24-07-2007, Ringo komen :

pfp4957, klu nak komen pun, bagi lah komen yang membina. disini bukan semua orang pandai masak dan bukan semua orang pernah makan makanan tersebut. kalau yang pernah buat dan makan, mungkin benda tu senang. tapi pada yang tak pernah tengok apatah lagi memakannya, penerangan yang diberikan secara detail (yg u cakap panjang lebar tu) adalah amat berguna. Most of people here are trying to share "ilmu". bukan nak komplen tak tentu pasal. klu nak komplen jer, pi main jauh2. here is not a place for u.


24-07-2007, skyblue komen :

sokong ringo... 5!


22-08-2007, dilla1516 komen :

sedapnyerr.....


30-11-2007, Faridah1 komen :

Tgh carik menda nak masok hr ni, TK la.. boley buat kat umoh


07-03-2008, nimie komen :

atlast i got it,always nak makan kena g kelantan or terengganu la ni leh lah masak dah . . . .thanks bebs


25-03-2008, lyn08 komen :

baru tau ada nasi air siam. baru bagi saya. kena try nih.........


01-10-2008, mamanajah08 komen :

sitiazma, gula dan garam tu letak terus dlm air rebusan daging ke? Penah tgk kat kedai letak asing2, takut salah phm penerangan tu.... kat uk nih diorg suka sgt bila hidang masa open house.hrp dpt wat nnt...


14-11-2008, shafea komen :

salam, ni resepi yg memang di cari lama, balik kg suami di ktan x puas makan,,memang sedap resepi ni,, mesti buat,tq


25-11-2008, jeezy komen :

sedapnyer.. arini saya masak bubur ayam dgn ikan bilis goreng, telur masin dan lobak masin untk lunch suami dan anak2. tup2 bukak internet jumpa pulak resepi nih, lain kali saya cuba k.. tq kat siti sbb kongsi benda best nih..


28-11-2010, ericalee komen :

wowww..dah lame cari resepi ni...hari gak sy nk buat..ble dah jadi nnt sy anta laporan ye..:) thnx tuan resepi..


08-12-2010, girlfriday komen :

nnti nak masak..penah makan kat sempadan..dia punya air lada..perghh!!panas..nnti nak cuba..


21-12-2010, rzn756 komen :

baca resipi teringat masa makan di satu kedai dlm pekan KB tahun 1992 dulu2.. sedap sgt.. terima kasih kpd tuan punya resipi.. cara penerangan yg diberi amat jelas... bagus :)


19-02-2011, ummu bilal komen :

mcm bes je ni.nak cubelah..bahan pun x complicated..bleh bg bilal skali..


01-05-2011, aient83 komen :

wah....akhirnyer bole la i mkn ns air...tringin sgt nak mkn...tringat ms zmn blaja kt klantan dolu2...thanks ya for d recipe...


26-07-2011, ibuqaisa komen :

try siang td..fulamak..sdp sungguh..teringt kt kg plak..


06-09-2011, chefhelmi komen :

salam saya ahli baru, nak belajar masak nasi air. YM: helmizin Tel: 017-9257191 Wassalam


23-11-2011, norulaini komen :

lama dah cari resipi ni... besok nak masak bubur ni ... tak sabar rasanya tunggu esok.


14-12-2011, nurrayyan_90 komen :

cara memasak nasi air & bubur nasi sama ke?? sy nk cari resepi bubur nasi paling best...help me..plez!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu