Google+

oleh: s_shamen Bubur Lambuk Daging

Copy_of_lambuk_daging

resepi atok..


Created on : 25-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi s_shamen




Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

Tag

bubur

Laporan Masakan Bergambar (2)

Image_388_
21-07-2008
shamen......sedap....sedap....
Laporan oleh: rizaida84
Dsc_0868edit
06-08-2011
Thanks shamen, sy buat utk juadah berbuka. mmg sedap. Sy tambah dgn kcg kuda n org Johor mesti tk tinggal dgn sambal kicapnyer huhu
Laporan oleh: FidaRafidah


Komen (7)

10-09-2008, BannedCook komen :

sy bru je buat resipi ni ikut sukatan tu...tp kaler dia kelabu2 la...sebab rempah kurma tu. rasanya klu kurangkan rempah tu bru cerah skit kaler dia. apa kata klu remph kurma 1 1/2 sudu besar je. klu takut rasa dia tawar gunakan stok ayam ganti air. ble x? tp apa2pun sedap tau bubur nie!


31-08-2009, ANNIENUREEN komen :

emm memang sedap..semenjak bln puasa ni selalu buat tapi sy x letak rempah kurma. masa hidang taburkan sedikit lada hitam. peh sedap..


12-08-2011, syazaqira komen :

sdpnye


15-08-2011, matjo komen :

Kalo taknak bubuh serbuk kurma, guna serbok sop pon bole...no hal. bubur lambuk mmg warna nya kelabu2 skit..kalo tak kelabu2 tu nama ny nasi bubur sayang.....


25-08-2011, mayon komen :

akak buat pertama kali untuk moreh smalam...sdap..licin..ada yg nak second round....thank you so much for sharing recipe ni...


07-09-2011, lovecook komen :

dah cuba semalam utk buka puasa... mmmm sedap sangat... tq


21-06-2012, Siut komen :

Sedap bubur ni.. puasa ke tak puasa ke.. mmg jd kegilaan ramai.. insyaallah nak cuba buat.. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd