oleh: aleez_29 Puding Roti (Baked)

Jas_016

Resepi yang mudah disediakan dan enak


Created on : 24-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi aleez_29




Share


Bahan-bahan ( 10 orang (satu baking tray) )

  • 1/2 loaf roti gardenia (or any brand would do), dikoyak-koyakkan
  • 1 peket santan kelapa
  • 2 biji telur
  • 8 sudu tepung custard
  • 3 sudu tepung jagung
  • 25gm butter (dicairkan)
  • 3 scoops susu tepung (dibancuh bersama 250ml air)
  • Cinnamon Powder (serbuk Kulit Kayu Manis)
  • Essence Vanilla
  • 125gm gula (boleh dikurang ataupun ditambah mengikut kesesuaian)

Cara-cara

  1. Satukan santan, air susu dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan telur. Kacau hingga sebati
  2. Masukkan tepung custard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau dan pastikan kesemua tepung larut serta tidak berketul-ketul
  3. Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut. Kemudian masukkan 2 sudu kecil cinnamon powder dan sedikit essence vanilla
  4. Kemudian masukkan pula roti yang telah dikoyakkan tadi kedalam bancuhan ini. Pastikan semua roti dibasahi oleh bancuhan ini. Jika masih terlalu banyak cecair berbanding dgn roti, bolehlah tambah sekeping dua roti lagi
  5. Tuang adunan ini tadi ke dalam baking tray dan ratakan. Taburkan cinnamon powder di permukaan atas adunan ini. Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 8 minit dan kemudian kurangkan suhu ke 150C selama 25 minit (ini bagi memastikan permukaan puding tidak terlalu keras)
  6. Selepas masak,biarkan sejuk sebelum potong. Lebih enak jika disimpan didalam peti sejuk terlebih dahulu. Selamat mencuba. Gambar diatas tu adalah gambar selepas siap dibakar... tak sempat nak potong sebab malas nak tunggu sejuk hehehe

Tag

roti puding


Laporan Masakan Bergambar (2)

Puding_roti_bakar
07-08-2008
dah cuba...tabur coklat chip kat atasnya..tq
Laporan oleh: mazurah

cantik bila dah potong kan

Pb290006
01-12-2008
smlm try resepi ni lak..tp tambah sos kastard...nway, tq much!!
Laporan oleh: ibuemiralisa

Komen (6)

24-09-2007, shikinma70 komen :

Ada sesiapa yang tahu bagaimana nak buat biskut sugi tak???? shikin nak cuba buat.. teringin nak buat biskut tradisional...


24-09-2007, intan_zabidin komen :

my resepi kalau nak buat biskut sugi.....tepung gandum,sedikit baking powder,gula serbuk n minyak sapi yg telah dicairkan....


25-09-2007, shikinma70 komen :

intan boleh tak beri sukatannya sebab shikin bukannya pandai agak agak...tq


17-07-2008, akmal004 komen :

Akum adek Aleez, akak selera sgt tengok puding roti tu... tp sedihnya.. akak xde oven, boleh x klu kuih nie dikukuskan?..


07-09-2008, aleez_29 komen :

waa sorry lama tak jenguk site ni kak akmal. boleh kukus tapi tak rangup lah atasnya


21-02-2011, amiezan komen :

emm senang dan cepat..nti sya cuba yer??apapun thankss...i love it


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu