oleh: Ringo Puding Mangga

Img_7278

Chinese style


Created on : 18-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Ringo




Share


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 2 biji mangga ranum
  • 170ml F&N krimer sejat
  • 80ml fresh cream
  • 100g fresh milk
  • 1/2 s/k tepung custard
  • 600ml air suam
  • 100gm granulate sugar
  • 15gm serbuk gelatin
  • setitik dua pewarna kuning

Cara-cara

  1. campur gelatin dengan 300ml air suam, kacau dan biarkan selama 10 minit.
  2. campur air selebihnya dengan gula dan kacau hingga larut.
  3. kupas kulit dan buang biji mangga, mixer/FP kan isi sampai jadi puree.
  4. campur 1 dan 2, masukkan 3, krimer sejat, fresh cream, fresh milk, tepung custard, dan kacau. masukkan pewarna dan kacau lagi.
  5. letak bowl tadi diatas air berais dan kacau sehingga sejuk dan kelihatan pekat. kalau suka boleh tambah mangga yang dipotong dadu kecil2 untuk merasa texture yang berbeza dalam pudding ini.
  6. tuang kedalam bekas pudding, sejukkan dalam petisejuk selama 1 atau 2 jam sebelum dihidang. bolehlah dihias dengan hirisan manggo dan mint.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

18-09-2007, Mat Gebu komen :

Amboi!!!...diam tak diam, kak hani muncul dengan puding mangga...mati2 pakcik ingat "durian" tadi...hehhehe....RM100= 1 biji!!!!!


30-01-2010, azzniey komen :

serbuk gelatin tu ade jual kt supermarket x??die tulis ape ek kt bungkusan die??


05-04-2010, lambangsari komen :

Tumpang tanya... fresh cream tu yg mana satu ye? Adakah thickened cream jenama Pauls (contains 35% milk fat) yg dijual dlm kotak biru itu sama dgn fresh cream? Atau ada jenama lain yg ingin direkomen? Boleh ke sekiranya tak letak fresh cream dlm resipi ini?


08-05-2010, siti norbaya komen :

kalu di ganti kan dengan buah jenis lain boleh tak? ct ingat nak cuba/


26-05-2011, Alia Syahida komen :

serbuk gelatin tu mmg kena letak ke? kalau x letak bleh ke?


26-10-2011, tasha azry komen :

lambangsari thickened cream tu laen fresh cream nie sama ngan whipping cream.


30-10-2011, mama bosan komen :

granulate sugar tu apa ya?


06-12-2011, nchi1526 komen :

nampak macam sedap..nak cuba la nanti


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu