Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Sup Labu & Roti Bawang Putih

 Submitted By On 18 September, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Masakkan orang putih tapi sesuai juga untuk tekak2 orang tempatan...

Ingredients
  • 200 g labu kuning, kupas dan potong kecil2
  • 100 g saleri, dipotong kecil
  • 100 g bawang besar, didadu
  • 100 g mentega
  • 50 g tepung gandum
  • 100 ml UHT Whipping Cream
  • 700 ml air
  • Sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah
  • Hirisan parsley untuk hiasan
  • Beberapa potong roti perancis
  • 1 camca besar mentega + 1 ulas bawang putih, dicincang halus
Instructions
  1. <b>SUP LABU:- </b>Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan goreng hingga layu, masukkan saleri dan labu. Kacau goreng hingga wangi.

  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata. Tuang air dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu empuk, sambil terus mengacau. Padamkan api dan biarkan suam.

  3. Kemudian kisar hingga halus. Tuang dalam tapis dan tekan dgn spatula hingga menghasilkan puri yg halus. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.

  4. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah, masak hingga pekat sedikit. Akhir sekali masukkan UHT Whipping Cream dan gaul hingga rata. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat. Tabur cincangan daun parsley sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih.

  5. <b>ROTI BAWANG PUTIH:-</b> Sapu setiap keping potongan roti perancis tadi dgn bancuhan mentega dan bawang putih. Panggang atas kuali hingga garing dan wangi. Hidangkan bersama sup labu tadi.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All