Google+

oleh: Mat Gebu Roll Sosej & Sos Unik

Step_by_step_509

Sesuai untuk budak2, mak budak dan bapak budak......


Created on : 18-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 8 keping roti sandwich
  • 8 batang sosej ayam, celur dan toskan
  • 2 biji telur
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • 2 camca besar bijan
  • 1 camca besar tepung gandum*
  • Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes)
  • Minyak untuk menggoreng
  • BAHAN SOS UNIK:-
  • 2 camca besar mayonise
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 10 biji jeruk capers, dicincang halus

Cara-cara

  1. Step_by_step_502
    ROLL SOSEJ:- Gelek setiap keping roti hingga leper dan nipis. Letak sebatang sosej dan gulung. Letak sedikit pes tepung pada hujung roti dan habiskan menggulung. Pes bertindak sebagai gam.
  2. Step_by_step_504
    Bancuh telur dan serbuk lada sulah, kacau hingga rata. Celup roti tadi dan gelek dengan sedikit bijan.
  3. Step_by_step_505
    Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama "sos unik".
  4. SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej...Selamat mencuba...









Laporan Masakan Bergambar (15)

Roll_sausage
21-10-2007
cik mat, ini adalah hasil masakan oleh anak teruna saya .... 13 thn ... thank you so much ni dah kali ke 3 baru sempat hantar laporan. tq cik mat
Laporan oleh: rodziaa
Roll_sesej
19-12-2007
dah dua kali buat tp cicah ngan sos cili je...
Laporan oleh: nor_67
Roll
07-02-2008
chick coctail roll.2 thumbs up from my daughter.tp x de bijan,out of stock.
Laporan oleh: hunny
Dsc00208
03-04-2008
aku buat pagi2, then bawak terus gi office...untuk breakfast. Habis terus!!
Laporan oleh: ning5044
Roti_sosej
02-09-2008
sedap & senang nk buat ;)
Laporan oleh: tulip77
Image008
13-09-2008
Dah byk kali buat...tp br ni dpt nak upload,kalu x,skejap dah kene ngap...ni salut dgn telo...cicah dgn sos n mayo..mekaseh..
Laporan oleh: zhiela_85
Roti_sosej
24-10-2008
Tada..!! Dah jadi pun roll sosej ni..buat dua biji je 4 my breakfast coz x der sp kt umah..nice& easy recipe..
Laporan oleh: mizz89
Crop_roti_sosej_goreng
06-04-2009
saya guna sosej daging pedas.....pas tu salut dgn bread crumb..mmmmm best...tQ.
Laporan oleh: lisafiq
Roll_sosej_
15-04-2009
hehehe...jadi tak!!!...sedap...
Laporan oleh: bdadarey
Rs
30-04-2009
roll sosej ku..tq cik mt..sedap n mudah je.
Laporan oleh: sakura>emi
Img_2993
11-06-2009
thx mat gebu,senang jer buat..sy siap bwk g keje bfast..yummy!tapi cicah sos biasa jer..
Laporan oleh: farihafaizal
Dsc00837
24-02-2010
buat sosej roll jer.. sosnyer pkai sos cili jer.. mekaseh eh mat
Laporan oleh: yuha_yus
Sosej_roll_n_sos_unik
27-02-2010
wt mlm td ni,chenta ltak mayonis kt roti bru gulung n sosej mkn n sos cili jer,sdp n senang,tq.....
Laporan oleh: chenta
Image074
14-04-2010
peberet my dotter...
Laporan oleh: chamcham
Img_2115a
14-12-2011
makan dengan cili sos ready made jer. sedap!
Laporan oleh: Kak Rosenah

Komen (17)

18-09-2007, cindaibiru komen :

cik mat, sy nak tanya, jeruk capers tu ape? sy xtau dan belum penah dgr..


18-09-2007, princessharyati komen :

mcm kenal jek sosej tu.. cik mat.. nanti kalu rajin cik mat letak gambar jeruk capers kt glossary .thks


18-09-2007, Mat Gebu komen :

jeruk capers tu...macam bauh pelaga muda yang dijeruk...nnti mat letak gambar yeaa...


18-09-2007, zla komen :

bagus gak ide cik mat ni....bolelah wat utk berbuka kang...xdelah poning kepala asyik pk nak masak apa....


18-09-2007, atie tweety komen :

wahai en mat gebu... roti tu nak kene lenyek ke dulu... :)


18-09-2007, niksue komen :

tq che mat sbb letak resepi ni buat masa sahur tadi anak niksue yg sulung tu memang tak mkn nasi bila sahur dia minum milo je tiap2 hr pg tadi mkn hbs gak 2 roll dah le blk sek dekat pkl 4 ......ye lah kita ni risau gak kot dia takde tenaga,letih ke.....tp bila dah ade resepi ni hilanglah jugak kerisauan tu...tq so much......


18-09-2007, nana_hana komen :

this is good recipe. saya penah cuba sardine roll tp tak guna bijan. gune cream crackers je ganti bijan. :) simple but nice meal. tq che mat!


19-09-2007, umah komen :

This morning, saya cuba untuk sarapan and memang sedap... anak-anak suka habis. Only thing I guna graham crackers untuk salut. Thanks Mat Gebu for the recipe.


24-09-2007, ummi48 komen :

bagus juga idea sosej roll ni,leh buat lunch box untuk anak i.tapi roti kat qatar ni tak mcm gardenia...roti kat sini mudah pecah,cam ne nak buat ye...sesape ada idea???


29-01-2008, Jue Hussin komen :

Ummi48, lewat sangat dah saya ni beri cadangan, apa kata kukus sekejap roti tu & gelek masa panas. Kejap je kukus tu. tp jgn sampai terkena ngan wap air kukusan tu, sbb takut roti jd lembik. Saya biasa kukus kejap baru gelek kalau buat sardin roll ke...


24-05-2008, winda komen :

slalunya winda buat sardin roll disalut ngan serbuk roti...(winda blender kering roti smpi hlus)..bila dah goreng jadi rangup dan sedap..rasanya resepi abg mat ni kalau bijan digantikan dgn serbuk roti yg diblend sendri pun sedap...


25-07-2008, treesa komen :

Dah try semalam memang sedap, senang ja cepat masak pula tu. saya tak letak bijan cuma gunakan biskut jacob hancurkan dan salut pada roti. Belum sempat buat sosnya roti dah habis..................


01-08-2008, tres komen :

memang sedappp.., anak saya tiap pagi bawak pergi sekolah.....sos dia sedap juga saya tak simpan jeruk capers,saya letak daun sop saja .


20-11-2008, mizz89 komen :

hmm..roll ni kan, kalau kita salut dgn bijan, x boleh letak banyak2 kalau x rasenya pahit.. just for info ;)


08-06-2009, cendawancun komen :

Mat.. thanks. saya buat resepi dlm pertandingan memasak berasas kan roti. Saya ganti bijan dengan QUAKER OAT.. Sedap... Skrg dah jadi favoret anak2 saya. Tak snap gambar masa pertandingan coz malu kang terover2 sangat... Tapi jgn jeles... Kita JOHAN tau.. 'serapan berkhasiat berasaskan roti" Thanks Mat.


27-03-2010, chamcham komen :

mmg sodap!!! nih pon dah byk x masak!


10-07-2011, donnalita komen :

buat tuk sarapan pg ni.suka.... sbb ada rasa bijan tu...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu