oleh: hsling Kek Pandan Kaya

No picture

kek span yang senang dibuat, sedap dimakan


Created on : 17-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 20cm x 20cm )

  • Telur 4 biji
  • Ovelett 1 sudu besar
  • Gula Halus 50gm
  • Tepung Optima 70gm
  • Tepung Superfine 90gm
  • Minyak Jagung 50gm
  • Pandan Paste 1/2 sudu kecil

Cara-cara

  1. Pukul telur sampai kembang, masukkan ovelett & pukul lagi.
  2. Masukkan gula halus, pukul lagi sampai gula hancur.
  3. Kemudian masukkan tepung optima, pukul sampai sebati, diikuti dengan tepung superfine.
  4. Dengan menggunakan spatula plastic, berlahan-lahan masukkan minyak jagung & kacau hingga sebati.
  5. Lapik tin bakar dengan kertas minyak, tuangkan adunan ke dalam. Bakar guna 160C, selama 45 minit. Keluarkan dari oven & biarkan betul2 sejuk. Selepas itu belahkan kek secara melintang supaya menjadi dua lapis. Sapukan kaya perisa pandan ke atas lapisan bawah & tutup balik kek atas. Potong & hidang.

Tag

kek pandan




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

17-09-2007, edazman komen :

Tepung optima....tepung yg dah campur semua bhn kan?


17-09-2007, hsling komen :

sejenis sponge mix. kat supermarket ada jual, memang ia tulis tepung optima kat packingnya.


09-11-2007, ayangku linda komen :

tak syok la....


20-11-2007, manisnyermawar komen :

kalo tak pakai minyak jagung, tp tukar ke minyak masak ataupun butter buleh ke hsling?..


22-11-2007, hsling komen :

boleh guna minyak masak tapi jangan guna butter, nanti rasanya lain pulak...


23-11-2007, YumYum komen :

hello, hsling. begitulah gembira saya dapat cari resipi ini. kamu memang pandai buat kek. Senang dibuat, sedap dimakan. Berharap semua kawan-kawan yang berminat dalam buat kek dapat belajar dari kamu. Yummy.....


23-11-2007, YumYum komen :

saya benar makan satu jenis biskut bakar bernama "kong bian". Kalau ia diisi dengan gula apong, cukup sedap. boleh minta resipi-kah?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu