Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Sosej Daging

 Submitted By On 07 September, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

resepi mudah untuk buat sosej sendiri. lagi sedap dari beli :D

Ingredients
  • 500 gm daging cincang
  • 1 s/k garam
  • 1 s/k gula
  • 1/2 sk lada hitam(digores kasar)
  • 1/2 s/k thyme (dry pun OK)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus atau parut)
  • 2 s/b parsley
  • 2 s/k tepung ubi
Instructions
  1. Masukkan semua bahan dan gaul dengan tangan sampai lembut sehingga seakan2 bertali. kalau ada food processor lagi senang.

  2. Bila dah lembut, bahagikan kepada 8 bahagian. ambil satu bahagian, baling2kan dari tangan kanan ke kiri dan sebaliknya untuk keluarkan udara. Bentukkan memanjang, dan balut kejap dengan plastik wrap.

    IMG_7056.jpg
  3. Ikat hujung dengan tali, kemudian pusingkan hujung yang lagi satu supaya plastik wrap tadi cekang, ikat macam dalam gambar.

    IMG_7058.jpg
  4. Masukkan kedalam bag plastik tahan panas seperti GLAD ataupun ZIPLOCK, keluarkan udara dan zipkan mulut.

    IMG_7062.jpg
  5. Panaskan air. Bila dah ada wap keluar (dalam 70~75 Celcius), masukkan sosej tadi, tindih dengan tudung periuk ataupun piring supaya beg plastik tadi tenggelam. kecilkan api, renihkan selama 45 minit.

  6. Angkat dan biarkan sejuk sebentar sebelum disimpan didalam peti sejuk. Jika suka, goreng dalam minyak yang sedikit sebentar sebelum dihidang.

    IMG_7064.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All