oleh: sherry_mz Kek cheese bersalji

Dscn1219

lagi satu versi cheese cake...


Created on : 04-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara

  1. Dscn1200
    Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
  2. Dscn1202
    Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
  3. Dscn1203
    Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Dscn1204
    Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Dscn1209
    Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Dscn1214
    Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Dscn1217
    Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Dscn1206
    Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Dscn1225
    Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Tag

kek cheese




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn0726
05-09-2007
Boleh juga dibuat utk birthday cake dgn sedikit hiasan & kreativiti.
Laporan oleh: sherry_mz

Komen (14)

05-09-2007, sherry_mz komen :

Admin...kenapa tak boleh nak upload gambar cara2 utk membuatnya... akak dh cuba2 berkali2 tp takleh juga...tolong...


05-09-2007, sherry_mz komen :

opsss..sorry admin..dah ok..rupanya salah teknik...amponnnnnn...


05-09-2007, ann komen :

aloh sedapnye...ini ke yg ann mkn hari tu,,,mmg sedappp..


05-09-2007, sherry_mz komen :

Yupppp...ann, tp masa wat kat msia lg best... sini cheddar dia tak brapa best ler...melekit...klu guna kraft cheddar yg warna biru paket dia tu lg sodap.... sini terpaksa guna vegetarian cheese mana yg ada...


05-09-2007, shikinma70 komen :

sherry, telur tu maksudnya hanya perlu kuning telur sahaja ke?


05-09-2007, ishikawa_ayumi komen :

wah3, k.pah.. salji fresh dr uk ke? hehe :D emm, kirenye, kek tu, mcm kek span biase je ke kak? atau ade rase tersendiri? kekkeke :p


05-09-2007, Delila komen :

kak pah....apesal tajuk urup besaq?kikikikiki.......kak pah salji kat mana kak pah bubuh ni...besh2...muat loyang siaz ape kak pah?


05-09-2007, Lilydvalley komen :

k pah kutip salji kat kutub utara ni del...iyala, kat UK lum musim salji lagi...kat m'sia...mana nak cari salji pulak ni!!! ice adela...hehehe...


05-09-2007, sherry_mz komen :

shikinma..dari 6 biji telur tu buang 2 biji putihnya...so putih telur 4 biji je. Wani..dah terlalu byk tajuk kek cheese kt dlm MR ni tu yg akak ubah sikit namanya... kek tu mmg kek span biasa... tu yg tak muak bila makan sbb tak terlalu byk cheese dia. Del & Lily akak bawak salji dr msia hehehehehe... tak lama lg kt sini turun ler salji tu.....Del dah tempah tiket ke?


05-09-2007, shikinma70 komen :

tq sherry...sekarang faham dah...


08-09-2007, hana98 komen :

wah,sedapnya boleh lah hana cuba nanti.............


11-09-2007, dheeya komen :

kak..best nya tgk kek tok. kelak bleh la kamek coba. akak ada sik resepi kek lapus roll yg sedap. tepek la ctok juak.


16-05-2008, mailsara komen :

cara masakan mesti lengkap ok


16-06-2008, Oge81 komen :

nampak sedap....nak cuba lah....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu