oleh: emee Puding gula hangus

Pudinggulahangus

sesape jer boleh buat. mmg senang laaaaa


Created on : 26-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......




Laporan Masakan Bergambar (12)

Puding_gula_hangus
18-02-2007
macam2 versi puding gula hangus ada kat MyResipi... yang ni guna susu pekat... try mana yang guna ingredients berbeza...
Laporan oleh: umi_e
Img_1047
06-06-2007
Tiap-tiap minggu buat sbb cik abang's fav...
Laporan oleh: latifahmn

mmmmm....cik abg kite pun suke gak pudingni.... kalau buat satu loyang tu.... sebelah loyang mmang utk dia jer......tambah lak bila masuk dlm peti ais... lagi dia suke....

P9170976
18-09-2007
buat ni untuk berbuka smlm. tq emee.
Laporan oleh: mama_myvi

mama myvi dah buat berapa kali???

Picture_190
18-09-2007
memang sedap, nilah first time wat puding ni..jadi ler..tq ya bagi resepi
Laporan oleh: dhamia

:-), sukenye hati bila resepi kite sume org dapat buat.....senanng kan????

Pb091342
10-11-2007
dah siap potong2 nak bg tetamu mkn.. tq emee
Laporan oleh: mama_myvi

mmmm......lamanye x update....

Dsc04846
11-12-2007
Nie puding kita...tp respi awak thank..senang sgt nak bt
Laporan oleh: NorYus

mmmmm.......jadi la tu.....tapi kalau gula tu bagi lagi perang lagi nampak comel....apapun tima kasih kerana sudi cuba resepi saya..

Img_3305
22-12-2007
first time cuba, menjadi! sedap, semua yg kat umah suka :)
Laporan oleh: arirada

:) kalau letak dalam peti ais lagi sedap....

Puding_caramel
19-03-2008
Thanks for d nice recipe. memang m'jadi & sedap puding ni. caramel kte tak berapa licin.. sbb tu p'mukaan die mcm bulan. hehehe
Laporan oleh: S_Norul
Dsc00193
21-05-2008
shaena tmbh esen vanila sikit, 1st time buat trs jd, sedap...tqvm...
Laporan oleh: shaena
22-05-08_1647
22-05-2008
Ni first time zue try buat.. ingat ke susah..sekali jumpa resepi ni..nampak senang je..terus try..alhamdulillah..menjadi n sedap.. thanks for sharing resepi ni
Laporan oleh: zureyna
Imported_photos_00101
09-06-2008
Dah buat....
Laporan oleh: ziehelmy
P7010166
01-07-2008
mmg senang jer nak buat.. best plak tu..
Laporan oleh: mas_amin

Komen (30)

29-09-2006, roshida komen :

susu pekat. tin besar ke tin kecil


02-10-2006, emee komen :

tin yang kecil....roshida


05-10-2006, perfectdesilence komen :

sya ada buat. Tapi, ada telur kuning kat atas puding tu. Bila mkn, x sedp la...


05-10-2006, yani komen :

perfectdesilence.. masa buat tu, mesti telur tu tak bercampur elok dgn susu.. kalo nak senang, tapis dulu adunan sebelum masukkan ke dalam loyang. Salah satu tip nak hasilkan puding yg sedap kena tapis.. espc. yg guna telur coz kekadang telur tu tak bergaul sebati.


08-10-2006, emee komen :

betul ckp yani tuuuuu


17-10-2006, rosniza_mga komen :

Tak hanyir ke tak letak esen or daun pandan masa kepuk telor?


18-10-2006, emee komen :

kalau x nak hanyir....buangla dia punya tali pusat tu......


12-01-2007, mirza_izz komen :

uih.. sememangnyer sodap.. dah try dah...


26-02-2007, aishah5254 komen :

dh try baru2 nie..best. my hubby suke sgt suh wat tiap2 mgg.. thanks emee..


30-03-2007, roshida komen :

sya x guna loyang. saya guna casserole. bila dh masak cantik je. tp saya x terlungkupkan. sb x de bekas besr drp casserole. klau x terlungkupkan pun boleh kan. kalau terlungkup nampak cantik le.


02-04-2007, vivian komen :

puding ini tak paya masak ke?????


05-04-2007, sofinar komen :

nampak menarik balik ni nak try, apa apa jadi saya habaq nanti


07-04-2007, kakfiza komen :

emee,akak selalu buat guna susu cair.tak pernah lagi guna susu pekat..nanti nak cuba resepi emee pl..tq


11-04-2007, emi komen :

guna susu pekat lagi sedap sebenarnya. lebih kurang mcm yg saya slalu buat. tp saya masukkan sesudu tepung kastard dlm bancuhan puding tuh.


28-04-2007, nurul nani komen :

emee, saya baru join myresepi ni.. dah cuba buat.. suami dan anak2 suka betul.. xpandang belakang pun!


08-08-2007, ennera komen :

salam sume.ira br join my resepi.best la byk resepi menarik.puding ni ira suke sgt2 tp 2x cube tak jd ler.kaler cm pucat jer.nape ek


14-09-2007, kak lela komen :

resepi puding gula hangus nie memang sedap...dan mudah sekali thank....emee akak dah buat banyak kali..kalau nak mudah lagi masuk dalam blender jer semua bahan pastu tapis..cantik jadi nya


17-09-2007, dhamia komen :

dah buat semlm..mm sedap sgt, nanti nak buat lagi senang sgt..saya guna blander je


17-09-2007, dhamia komen :

emee nyer nampak tebal..agak2 saiz loyang tu berapa ek


26-09-2007, fia komen :

fia dah cuba buat puding nie 2 hari lepas... best sangat, hubby and anak2 suka!


28-09-2007, sbsari komen :

dah cuba ptg tadi, tp silap guna susu tin besaq, so manisnya....gi satu nape sirap gula tu kurang...cmana nak bagi sirap gula hangus tu banyak?


25-10-2007, nottyana komen :

satu tin susu pekat tu brp ml? sbb tin kat jepun ni lain sket sukatan nye.. pastu, resepi ni buleh utk bakar dlm microwave tak?


29-10-2007, mama_myvi komen :

salam.. nottyana, last time saya beli susu tin besar = 505gm.. guna 3/4 tin drpd nya.


30-10-2007, jylly komen :

salam emee,dah cube buat tp xjadi ler, kukus tu api kene kecik ke(first timer gune kukus senirik).puding tu naek gelembung pastu jd cam rupe telur dadar ajer texturenyer.gula hangus tu xyah campur air ke?


21-11-2007, ija72 komen :

Kalau nak cantik jangan pukul sampai berbuih just slow je ataupun masukkan dalam blender.. blend beberapa ketika then tapis sonang je buatnye


02-01-2008, anisahmohd komen :

kukus dlm air mendidih ke atau air blm mendidih? saya baru nak try rcp nie. dulu buat guna resepi lain, keras & gula terhangus pkl, pahit.


22-01-2008, aidaa komen :

yum yum.. bestya.. dah cuba ari tu sekali guna menu lain..ada tambahan esen vanilla, susu cair dan susu pekat dan tepung jagung.. tapi saya nak cuba yang ni pulak... sedanya..:)


03-03-2008, nizie komen :

lau guna steamer kat rice cooker tu blh jdi x??


14-04-2008, junaida komen :

saya dah cuba. tp guna susu 1 tin besar. manisnya... pasni nk try lglah.


07-08-2008, puteri_sk komen :

saya pun suka mkn puding ni dan slalu buat kt umh..sy nk kongsi sikitla, lps kita telangkupkan puding yn dh msk dlm bks, gula hangus stil lekat kt loyang tu kan? utk xmbazir bleh panaskn balik loyang tu n msukkn sdikit air dlam suku cawan biarkan gula tu hancur n tuangkan atas puding td. jd syrupnya pun byk skit n xla manis sgt.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu