Google+

oleh: mamiamin Asparagus goreng belacan

My_resipi_001

Dah duk merantau mcm ni...cuba2 ler pelbagaikan masakan kita ni


Created on : 04-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mamiamin




Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 300 gm asparagus - dipotong serong
  • 2-3 biji bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil nampla/sos ikan
  • 3-4 ekor sotong - dipotong kecil
  • sedikit garam
  • minyak utk menumis
  • belacan - ikut suka

Cara-cara

  1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong.
  3. Bila sotong dah agak masak tambahkan sos tiram dan nampla. Gaul sebentar kemudian masukkan asparagus pula.
  4. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

04-09-2007, tulip77 komen :

walaaa mami.... asparagus goreng belacan..hehehe... ni br typical m'sian ;)


04-09-2007, mamiamin komen :

dah duk kat tmpat org ni...kangkung mahal so bantai jer ler asparagus. sedap...cuba le try !!!


04-09-2007, mazznie komen :

mamiamin merantau kat ner?


05-09-2007, fieza_fwwt komen :

at least ada gak kangkung. Kat Chennai ni, tak de. I teringin nak mkn asparagus ni. Tapi tak tau nak masak apa. Lps ni blh la cuba.


06-09-2007, nuraisyah najwa komen :

asparagus di masak belacan belum pernah cuba.. kali ni ok la dapat tukar cara masak asparagus ne... mamiamin ada tak western vege yang dapat di goreng belacan...boleh la kongsi sama..


07-09-2007, mamiamin komen :

n.najwa...cendawan pun bole wat msak belacan gak.


07-09-2007, mamiamin komen :

fieza...masa i duk chile dulu xde kangkung tu yg terciptanya asparagus goreng belacan ni.


09-01-2008, jacaranda komen :

pernah mkn asparagus goreng belacan kt chinese rest..yummy...nnt nk try resipi mami la..hehehe..


31-05-2008, ellyzwin komen :

tengok je dh nampak sedap...saya mmg suka asparagus tp mkn kt kedai jer...lepas ni boleh buat sendiri..


18-04-2011, nurul majdina komen :

Dekat Malaysia ni asparagus susah nak dapat la.... agak-agaknye kat mane ade ek????


26-06-2011, fairy pia komen :

Asparagus ade dijual dihypermarket giant,tesco kadang2 psr basah pon jual agak mahal,hari tu kat gisnt 10.99 dah siap packing


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu