Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Pati Budu Ala Tradisi (Original)

 Submitted By On 03 September, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

ini cara2 nak buat pati budu..

Ingredients
  • 1 kg ikan bilis (Bersihkan.Jangan tos air hingga kering)
  • Garam kasar secukupnya
  • Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Instructions
  1. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas utk memerap budu).Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.

  2. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.

  3. Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi.Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula.Buat hingga abis.Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.

  4. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh).Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas.Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur.Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat.Sesekali jenguk lah hasilnya.Tetapi jangan di kacau.

  5. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa.Simpan dalam peti sejuk.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All