Google+

oleh: ZIKOPHIA Apam bakar

No picture

masakan terengganu


Created on : 26-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ZIKOPHIA




Bahan-bahan ( 20 biji )

  • gandum 1 kilo
  • tepung beras 1/2 kilo
  • gula melaka 5 keping yang sederhana-masak dengan air
  • telur 1 biji
  • 1 biji kelapa muda diparut
  • garam gula secukupnya
  • 1 bungkus mauripan

Cara-cara

  1. Mula-mula satukan tepung gandum ,tepung beras,telur,mauripam,dan akhir sekali masukan air gula melaka tadi,kacau sehingga sebati,jangan terlalu cair atau pekat,simpan suhu bilik sehingga ia nampak kembang.
  2. bila nampak kembang,panaskan kuali,lenserkan sedikit minyak,ambil satu senduk kecil tuangkan dalam kuali,biar bentuk bulat macam lempeng,lepas tu,pusingkan agar masak sama rata,bila masak hidangkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula,selesai dan selamat mencuba,








Laporan Masakan Bergambar (1)

20130427_142640
27-04-2013
Sedap sangat. Lembut,manis,lemak dan wangi.
Laporan oleh: maladong

Komen (9)

18-03-2007, umida komen :

ZIKO...nak tanya agak2 air brapa ML ye...dan mauripan tu mcm mana rupanya...i nak coba la resipi ni...ada siapa2 yg dpt bantu akan mcm mana rupa mauripan tu...Thk Q!


18-03-2007, pijah komen :

mauripan tuh yis. dlm peket kaler kuning. klau kt cni, 70 sen sepeket. try lah cari kt kedai2.


19-03-2007, umida komen :

thks pijah!! umida ada yeast tu...boleh la try buat nanti....;-)


16-01-2010, kunonit komen :

mauripan tu rupa berbiji ker powder


30-03-2010, KAK MAIMUN komen :

Assalamualaikum semua teman2 ! Selamat berkenalan dengan Kak Maimun dari Alor Setar, Kedah Darul Aman. Ini adalah first time Kakak join dalam laman web 'my resipi' untuk berkongsi pendapat dan komen mengenai masakan dan resepi masing2. Kakak amat teruja melihat resepi anda dan gambar2 yang dipamerkan amat menarik lagi indah menawan.T.Kasih Fendi. Semoga kita bertemu lagi .Wassalam!


26-12-2010, hafizmuar komen :

Salam Zikophia, rasenye instruction kene detail lagi. Kalau garam dan gula secukup rasa, susah juga nak tau berapa banyak sepatutnya nak kena letak. jangan terlalu cair atau pekat pun tak pasti banyak mane. letak gambar sekali ok..


12-01-2011, citro151 komen :

salam ziko, betul kate hafiz tu, i dah lame carik resepi ni.. tp kalo ikut suke kite je sukatan tu,utk 1st trial takut lak x menjadik..:D tapi sure resipi ni best kan? tq


08-03-2011, Mimi_Aidil komen :

Hi..hem ade bende nk share psl resipi nih.. kalau ikot resipi arwah nenek,campor skali tapai ubi,kalau boleh dgn air die skali... :)


26-04-2011, Tasni komen :

sedap.....teringat masa kecil2 dulu.Thanks ZIKOPHIA


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu