Google+

oleh: tulip77 Tepung Gomak

Tepunggomak

request by fieza chennai (gambar dari laporan masakan)


Created on : 01-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi tulip77




Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

Tag

kuih-muih

Laporan Masakan Bergambar (6)

029
28-09-2007
Ni dia....tepung gomak dari Chennai. Tq Tulip.
Laporan oleh: fieza_fwwt

rajin fieza nih :D

Tepung_gomak
25-10-2008
haaa tulip..ni s'pore mari,1 pinggan siap...tpg kcg hijau akak sangar dulu,inti akak tmbh kcg hijau rebus dlmnye,walaupon kuih org dolu2 tapi anak2 suke sbb lembut dan sedaaap...tq tulip....
Laporan oleh: kak fida
08022010236
06-03-2010
thanks tulip, senang buatnya
Laporan oleh: Teratai Desa
Img_3650a
28-09-2012
walaupun rupamu buruk tp lembut n sedap! tq share resepi.
Laporan oleh: Kak Rosenah
Dsc00308
11-01-2013
sedappp......tq tulipp77..
Laporan oleh: jun75
2014-01-13_20
21-01-2014
Ini dia tepung gomak ku duhai cik Tulip.. Family kata sedap! Bila diaorg teringin, pd Ita lah skrg ni diaorg tuju. Menceriakan kluargaku. TQVM...
Laporan oleh: itabob


Komen (12)

01-09-2007, tulip77 komen :

fieza i penah tgk org buat kuih nih... caranya senang mcm nk buat kuih buah melaka...tp i lum penah buat dats y xda picture...u try la buat & download picture eh :) slmt mencuba


02-09-2007, fieza_fwwt komen :

Tq for d recipe. Lps ni blh la cuba buat. Tapi I kena cari tepung kacang hijau dulu. Tak pernah jumpa lagi kat sini. Tapi kawan I kata ada. Kalau dah buat nanti I download picture.


14-09-2007, NanaSham komen :

berapa banyak air yg Dperlukan utk Dgaulkan dgn tepung pulut tu?


26-09-2007, tulip77 komen :

sori nana...br perasan ada soklan :) air tu masuk sikit2 & agak2 janji leh kepalkan kiranya adunan tu mcm nk wat buah melaka


10-02-2008, rashidah_57 komen :

i da buat da..rasa die memang sedap tp agak pahit..kenapa ye?myb sebab terlebih gomak ke?


25-10-2008, manjajelita komen :

tulip klu kita guna kcg hijau yg digoreng tanpa minyak pastu blen utk jadikan tepung,yg tu mcmana pulak yer?


29-10-2008, IbuMai komen :

sy ade jumpe resepi yg pakai kacang hijau yg dibuang kulit pas2 goreng tanpa minyak pas2 blend halus.....tp mcm mane nk buang kulit kacang hijau tu?ade sape2 tau x care nk buang kulit kacang hijau?harap blh bantu


08-07-2009, kecikcomel komen :

saya nak tau sama ada tepung kacang hijau digoreng dulu sebelum adunan itu digolekkan keatasnya.


09-05-2011, ayulin komen :

senang dibuat dan sedap rasanya


03-06-2011, amalinhamzah komen :

ha nak tau jugak,tepung kcng hijau tu kena goreng dulu ke?guna tpung kcg kuda bleh x?aikkk bukan ke kena kukus bila dah siap letak inti?confuse nih


20-03-2012, itabob komen :

slm... tqvm tulip. lama sy cari resepi ni. nanti nak cubalah...


18-04-2012, eeraNAZEERA komen :

apa beza pakai tepung kacang soya dgn tepung kacang hijau?? Saya tau tu 2 benda yg berbeza..tp Saya selalu dgr tepung kacang soya je.. Lain ke rasa 2 tepung tersebut..?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd