Google+

oleh: harligt Kepak Ayam Istimewa

22-08-07_1956

Ini resepi saya pula utk parti hari tu..


Created on : 28-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi harligt




Bahan-bahan ( 50 kepak )

  • BAHAN PERAP
  • 10 sudu besar kunyit
  • 10 sudu besar garam
  • 10 ketul kiub ayam maggi (hancurkan)
  • 10 sudu besar jintan manis
  • 1 botol sos cili thai
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 botol sos tiram
  • 1 botol kecil kicap manis
  • 1 sudu besar MSG
  • 1 cawan canola oil
  • BAHAN PENCICAH
  • 1 botol sos cili thai
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 5 sudu besar gula merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar cuka
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 50 kepak ayam

Cara-cara

  1. Kisarkan kesemua bahan perap hingga lumat.Gaulkan bersama kepak ayam yang telah dibersihkan.Perap sekurang-kurangnya 2 jam.Semasa memerap hendaklah sentiasa menbalik-balikkan kepak tersebut.
  2. Sediakan tempat memanggang.Panggang kepak ini hingga masak.
  3. Kisarkan kesemua bahan pencicah hingga lumat.Masak di atas api kecil hingga pekat.Angkat dan hidangkan bersama kepak ayam yang telah siap dipanggang.

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (14)

28-08-2007, kakfiza komen :

Adoi sedapnya tgk...syg sungguh x sempat nak rasa hari tu...tu la...sapa suruh mai lewat...hehehehe


28-08-2007, Delila komen :

kepak ayam ni dia buat 500..kejap jer abis..del pun tak sempat makan kak..waaaaaaaaaaaaaaaaa


28-08-2007, shima_2210 komen :

sedapnyeeee... terliur aku... ape ssh ko soh je hbb ko wat lg


28-08-2007, murni komen :

sedap sgt2,hari tu dah try tp sy sendiri x dpt rasa frust sgt..huhuhuhu.......


29-08-2007, ina sayang komen :

Canola oil tu apa ye? blh ganti dhn minyak lain tak?


29-08-2007, yummiez komen :

hmm canola oil tu sejenis minyak sayuran.. rasenyer ganti dgn minyak jagung or minyak masak biase boleh aje kot? err tuan punye resepi, betul ker? *isk, suke ati je tolong jawab*


29-08-2007, harligt komen :

betul tu yummiez.letak minyak lain pun buleh.


29-01-2008, cikguyatie komen :

nampak macam sedap sangat... nak cube ni. MSG tu ape? tq


29-01-2008, harligt komen :

cikguyatie MSG tu ajinomoto..TQ


14-02-2009, liyana89 komen :

lau x nk gne MSG pon x pe kn??? ~ kenangan terindah89 ~


14-02-2009, liyana89 komen :

lau untuk 10 kepak ayam,,die nye sukatan nye cmne plak..hehe,,x tau la nk agak2 ni...


28-03-2011, karambit komen :

lazatt


24-07-2011, Mohammad Zulfadhli komen :

Berapa lama mahu diperap itu kepak ayam?


24-07-2011, Mohammad Zulfadhli komen :

Berapa lama mahu diperap itu kepak ayam?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd