Google+

oleh: ieyra Serunding Daging

Serunding

nih versi tanpa tumis..


Created on : 27-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ieyra




Bahan-bahan ( ikut selera )

  • 1kg daging - direbus dan disiat
  • 5 btg serai *
  • 7 ulas bawang putih*
  • 3 labu bawang besar @10 ulas bawang merah*
  • 2.5 cm halia*
  • 1.5 cm lengkuas*
  • 30 tangkai cili kering* - potong & rendam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb serbuk jintan
  • 1 1/2 biji kelapa - perah guna air rebusan daging, santan dpt dlm 3 cwn
  • 1 sb gula putih @ gula perang
  • Garam

Cara-cara

  1. Semua bhn bertanda * dikisar bersama. kalau nak lebih pedas, tambah lada, kalau nak kurang pedas, kurangkan lada..
  2. Masukkan bahan kisar bersama daging ke dalam kuali. Masukkan santan. Semua bhn dimasukkan bersama supaya daging serasi mesra dengan bahan. Tambah garam dan gula..
  3. Perlu diingat api tidak terlalu besar, takut hangus.. bila nak kering, kacau selalu,..
  4. Bila dah kering, tutup api.. Taraa.. dah siap.. cam senang je..
  5. Masa memasak serunding kira2 dlm 3 jam.. tu tak termasuk masa nak siat daging.. kalau siat ramai2 cepat siap, kalau sorang, dekat sejam ngadap daging tuh.. tapi masa nak makan, sekejap je bleh licin..

Laporan Masakan Bergambar (1)

20140215_155833-1
14-04-2014
rcp ni simple utk first timer nk try wat serunding. hasilnye sdp cukup rasa wpun daging tu x halus. dh lenguh. huhu. br tau ssh rupenye wat serunding. patutla mhl. pasni leh wat lg. tq rcp ni
Laporan oleh: moonbug


Komen (15)

27-08-2007, ieyra komen :

to kak erin, dah upload nih.. nnt try lah ye..


27-08-2007, cindaibiru komen :

tq, akak akan cuba ni sbb selalu guna resepi lain. tunggguuuuu...


27-08-2007, peekaboo komen :

betul kata ieyra tu...buat 2@3 jam.. yang tukang pehabis sekejap jee... nak kena cuba nii..tapi kat sini tak ada kunyit hidup lah..pakai serbuk punya ok..gak kan..tapi rasa lain sikit kot...bolehlah cuba untuk hari raya nii....buat dari sekarang...sikit-sikit lama-lama jadi banyak...nanti raya keluarkan aje....hhee..hee..oh ya..tahan lama kan??? tq..:)


27-08-2007, ieyra komen :

same le kat sini peeka, kunyit hidup susah nak jumpa, byk jual yg serbuk2 je.. bantai jelah.. tahan lama, leh sampai berbulan2.. tp susah le nk simpan, nak2 plak ade jenis yg rajin je bukak bekas, meratah lebih..


27-08-2007, cindaibiru komen :

haa..bab tukang bukak ape2 yg kita simpan tu mmg xleh elak. umh akak ni pon ade. tp klu mknn yg lmbt abis tu akak mmg suruh2 dia bukak selalu...hihihih. klu buat serunding raya awl2 kene simpan dlm tempat tersorok...pdn muka dia x jumpa serunding..


28-08-2007, peekaboo komen :

jangan sampai tak ingat dah le... ialah terlalu tersorok..heee..heee


12-07-2008, pero komen :

ieyra.klu replace dgn ayam, sama x bahan n kaedahnye?


03-12-2010, raudzah jantan komen :

nak cuba le......kalu jadi alhamdullah


03-01-2011, nurhayatiraman komen :

klu nk wt serunding ayam pun sama gak kan.....ada gak nengok org buat bland kelapa sikit...


02-04-2011, serunding daging komen :

sedap sangt ke smpy cept licin?


04-05-2011, mama wati komen :

br nk cuba klu sedap nanti mama bg tau.


15-06-2011, rohaya682 komen :

perh......dh buat dh mmg terangkat beb......


04-08-2011, ~~eiza trolak komen :

klau guna daging yg dh kisar x blh ke? x yah nk siat2..


10-08-2011, Kaseh Mawar komen :

seruding mmg sdp tp hdk buat mmg mkn masa..,klo bli mhal btul org jual.ne blh try utk rya ne..apa2 pu tq bgi resepi..


02-09-2011, eejanordin komen :

Tq for the recipe, memang nak try di musim raya ni...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd