oleh: purplekaze Sambal Lengkuas Bonda

Dsc00257

Masakan "all in one" x susah pun.


Created on : 25-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4~6 org mkn )

  • 1 Mangkuk Lengkuas Muda (di hiris)
  • 1 Biji Kelapa (di parut dan ambil isi putih jgn ambil sampai ke bhg kulit)
  • 2 Genggam Ikan Bilis
  • 6 Inci Kunyit Hidup
  • 20 Biji Cili Padi
  • 4 Ulas Bawang Kecil
  • 3 Keping Asam Keping
  • 1.5L Air
  • 2 Cmb Garam Kasar
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumbuk kunyit bersama 1 cmb garam kasar sehingga lumat.
  2. Masukkan pula cili padi,bawang kecil dan 1 cmb garam kasar dan tumbuk bersama dengan kunyit tadi sehingga lumat.
  3. Masukkan bhn yg telah ditumbuk tadi bersama kelapa parut, lengkuas yang dihiris, ikan bilis, asam keping dan air ke dalam kuali.
  4. Masak sambal itu dengan menggunakan api sederhana.
  5. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2 semasa sambal itu masih berair.
  6. Kacau sambal itu sentiasa dan apabila hampir kering kecilkan api dan kacau sentiasa bagi mengelakkan drp hangus.
  7. Apabila kelapa/sambal itu sudah betul2 kering (tidak berair lagi), tutup api dan hidangkan.
  8. Makan bersama nasi putih panas ataupun pulut. Tidak perlu buat lauk lain sebab sambal tu lengkap kesemuanya hehehe.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

25-08-2007, intan_zabidin komen :

hmmm..sedap nie..nak cubalah nanti...thanks ya 4 e resepi..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu