Google+

oleh: rossitamz Bubur Jagung Sagu

Bubur_jagung_sagu

Resepi dari emak sejak dulu lagi... Senang dan sedap.


Created on : 26-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rossitamz




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Tag

bubur sup









Laporan Masakan Bergambar (7)

Dscf7026
02-09-2007
teringin nak mkn bubur jagung mlm nih.. so, try resipi u.. masukkan sagu jugak..
Laporan oleh: minami133

nampak sedap je... thanks sbb mencuba.

Picture_1636
31-10-2008
fav my 1st son ni..tq yer
Laporan oleh: junjs11

ni jugak fav my youngest son. tq for trying...

Bubur_jagung_rossitamz
04-01-2009
salam ross,klau dh ckp mesti nk cube...dh btahun2 msk,ni lah 1st time akak buat bubur jagung cmpur sagu....mmng sedap bubur ni....trima kasih ross atas resipinye... :)
Laporan oleh: kak fida

adui k.fida! sedapnya bubur...saya pun baru kelmarin buat bubur ni. lama saya x masuk ke sini, baru ari ni nampak hasil k.fida ni...sowi ek!

Bubur_jagung_bersagu___pasta
25-01-2009
salam ross..sedap! letak sket pasta sbb anak2 suka! tq ross!
Laporan oleh: as75

hmmm...new idea! leh try gak ni!

Snv31669
15-03-2009
Teringin nak makan pengat tp yg ada jagung jer.. nasib baik jumpa resepi ni. First time buat pengat jagung. Sedap betul la, my hubby pun suka. Boleh buat lagi lain kali.. tima kacih yea.
Laporan oleh: aludra

terima kasih kerana suka bubur ni. dan terima kasih kerana mencuba...

Bubur_jagung
13-06-2009
Kak Ita...kita wat..cedappp..cumaa kita mmg boh sagu manyak sket sbb anak2 kita sukeee mkn saguu..TQ kak Ita..
Laporan oleh: Aziemas
Img_9384a
01-06-2011
puas dapat makan bubur yg sedap neh!
Laporan oleh: Kak Rosenah

Komen (19)

26-08-2007, peekaboo komen :

sedapnya...makan diwaktu ptg... kat tempat peeka ni..susah sikit nak cari jagung mentah..pakai yg dlm tin ok gak kan???


26-08-2007, tulip77 komen :

kat sni ada jagung tp keras cam batu :) rebus dlm pressure cooker 3x pun x lembut jugak!!! guna jagung tin pun ok...manis & lembut


26-08-2007, rossitamz komen :

jagung manis dalam tin pun boleh jugak...!!


26-08-2007, yana komen :

pada sesiapa yg x suka dgn sagu...boleh ganti sagu dgn beras pulut. satu sudu besar beras pulut utk satu jantung jagung.


12-09-2007, kaktoti komen :

Nak lagi sedap, tambah jagung krim dlm tin (ayam brand) tu. Terangkat!


14-04-2008, bettycun komen :

mlm ni nak buat bubur jagung u ni la.. hehehe..


07-08-2008, zsa_zsa komen :

mm... memamg suka bubur jagung ni.. sedap.!


31-10-2008, rossitamz komen :

apa tunggu lagi!! kpd penggemar bubur jagung, try le resepi ni. memang sedap!!


17-12-2008, cikolala komen :

hehehe..cam best ni!arigatogozaimastak!


18-12-2008, kak fida komen :

salam ross...smlm tengok bubur gandum oleh syahmi...dh smpai kt tekak dan dh buat pon...hari ni terbace pulak bubur jagung....haaaiiii.....sabo2....nk kene cube jugak ni.....mmmm.... :O


17-08-2010, yanaghazali komen :

yana, pulut tu nk kena rendam dulu x...pas tu masak pulut dulu atau truss masuk dlm rebusan jagung.....pernah rasa juga, tp x tahu nk buat...tq


02-03-2011, amane148 komen :

kalau guna jagung manis berkrim dlm tin (untuk inti apam balik tu) tu ok ke rasa dia..tersalah beli..


05-04-2011, Nza komen :

salam..hai..niza baru jerk pas try bubur jagung ni..tp ditambahkan lagi dengan ubi keledek..memang sedap..sesuai utk minum petang dan juga dimakan bersama roti..tq..


15-07-2011, d_lyana76 komen :

nak buat kejap lg tuk menu berbuka... yummmmyyy


01-08-2011, azian amar komen :

sy mmg penggemar tegar pengat.. kebetulan tengah cari nak wat pengat apa. tetiba ternmpk resipi nih. kebetulan jugak, mang ada stok jagung jer. so, balik ni leh la buat...;)


04-09-2011, cooking mama komen :

sedih ya....hari nie wat bubur jagung x menjadi.jagung nya x sedap.


11-02-2012, DrLinAli komen :

Thanks for the recipe. Try buat hari ni untuk minum petang. Hubby cakap sedap sangat, enjoy dia makan sambil tengok MU vs Liverpool :)


11-02-2012, DrLinAli komen :

Thanks for the recipe. Try buat hari ni untuk minum petang. Hubby cakap sedap sangat, enjoy dia makan sambil tengok MU vs Liverpool :)


11-02-2012, DrLinAli komen :

Thanks for the recipe. Try buat hari ni untuk minum petang. Hubby cakap sedap sangat, enjoy dia makan sambil tengok MU vs Liverpool :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd