Google+

oleh: syafiah spaghetti daging ringkas

Dsc07769

Spaghetti yang simple dan lazat skali. Belajar dari kawan rapat.


Created on : 25-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi syafiah




Bahan-bahan ( 1orang )

  • 100g mi spageti
  • 150g daging hancur (minced meat)
  • 1/2 tin tomato puri
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • minyak zaitun (pakai minyak masak biase pon ok)
  • parmesan cheese dan sedikit daun basil utk hiasan

Cara-cara

  1. Rebuskan mi kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak supaya mi tak melekat2.Toskan.
  2. Potong bawang putih menjadi kecil2.
  3. Panaskan kuali beserta minyak zaiton dan masukkan bawang putih tadi.
  4. Apabila bawang putih mula menjadi kuning-perang, masukkan daging dan goreng sehingga masak.
  5. Kemudian tambahkan tomato puri, garam dan gula secukup rase.Biarkan mendidih selama 2minit.
  6. Setelah siap, hidangkan mi di dalam mangkuk diikuti daging tadi.Tambah parmesan cheese dan daun basil mengikut citarasa sendiri.Siap.








Laporan Masakan Bergambar (4)

Spaghetti_daging_sosej
03-07-2008
dh lama buat. baru nk tempek laporan. mmg mudah. tp saya cmpr dgn sosej ayam sbb xcukup daging. hehehe..pstu tmbh skit rempah oregano dan basil utk dapatkan rasa spaghetti sebenar. nyummm..
Laporan oleh: cutie_winkle
Photo1309
22-03-2010
buat kuah cair skit coz my lil bro x suka kuah yg pekat2...x kisah ler, janji sedap!!x rugi mencuba..hehhehe
Laporan oleh: zai_fadilah
Dsc_0244
05-12-2010
wlaupun tanpa sos prego, tp rasanya not bad..perahan jus limau ditambah utk buat ianya sedikit masam..
Laporan oleh: idash868
Picture_067
16-05-2011
buat lg..dh jadi menu favorite family..as usual kena buat kuah cair coz family suka camtu...
Laporan oleh: zai_fadilah

Komen (13)

25-08-2007, syafiah komen :

ni 2nd time buh resipi yg same..sbb yg first punye mcm mane ntah name spaghetti daging ringkas tu x kluar plak...heran nape xkluar sedangkan dh taip dh...thanx kpd org yg menegur td..ok, try la resipi ringkas ni...


25-08-2007, admin komen :

maybe ada prob. kat server kot tadi.. sorry.. yg 1st. tu i dah delete.. tq sudi berkongsi resipi..


21-07-2008, kak p (penang) komen :

nama i pun shafiyah tapi dsini i guna kak p penang nama glamor. resepi pertama i pun lemak nangka cili api pun dah entah kemana,malas dah nak kongsi resepi tapi bila masuk western food teringin juga nak cuba. thanks


23-08-2008, enazainal@yahoo.com.my komen :

Spagheti daging ni tak guna cili langsung ke? tomato puri hanya berasa masam. Untuk sesiapa yang sukakan pedas dan lebih lazat saya cadangkan bubuh sedikit cili blender. Pasti lebih ummph...


28-12-2008, poyo_poyo komen :

wah.... agk .... nnt adek nk try wat la... ahahah.... bwat khas tok parents...


08-01-2009, belitong komen :

...ni kalo tmbh cili benggala,bawang kuning,cendawan butang & celery pasti lebih healthy value...anyway thnx for da recipe syafiyah !!


23-01-2009, diyaaa komen :

actually ni first time wat n mkan spageti like this.. huhu.. tp ok la.. family suka..


24-01-2009, cik rerama komen :

salam.... mmg sedap.. kami baru nak blajar masak nie... resepi ni kene try cause senang... cuma nak tanya skit parmesan cheese ngan daun basil tu, mcmana nak cari? dalam botol ke dalam pek? sory la... tanya soalan bdk tadika.. hehe..


21-05-2009, yasmin_niknur komen :

cik rerama.. parmesan cheese ada jual kt pasaraya,.. dalan pek ada,dalam botol pn ada,.. tp harga agak mahal skit,.. daun basil ada jual kt bahagian basah,..kt2 kawasan sayur2,..


24-05-2009, manjasayang komen :

resipi ni mmg mudah n sdap tp klu sye yg uat mst bubuh cili psl sye suke pdas tq4sharing


01-02-2011, jhw komen :

saya tak pernah masak makanan cam niii..tapi dah ada bahan cuma tada chees jer ngan daun basil...tak pernah jumpa lagiii..hahaha tringin sangat..nak makan..


02-06-2011, linlan komen :

ala..kt pasaraya pn byk parmesan chees.awk cri je kt planta.btercup..kt tmpt 2 mcm2 ade chess..


04-09-2011, norzaihan komen :

tambah cendawan butang (tin) yang dihiris nipis. umph... dan tomato yang dipotong dadu.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu