Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Apam Mekar

 Submitted By On 25 August, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Variasi apam. Resepi dapat dari Dapur Hanieliza. Memang gebu, lembut dan sedap...mekar berkembang!!!

Ingredients
  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Instructions
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.

  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.

  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.

  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.

  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).

  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.

  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).

  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.

  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

  11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

  12. Inilah rupa "OVALLATE". Seakan2 mentega tapi berwarna oren dan jernih sedikit. Yang saya jumpa, dijual dlm transparent container cam dlm gambar ni (sorry cik mat, pinjam gambar ek...)

    Ovallate.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All