Google+

oleh: tulip77 kari ayam

Kari_ayam

kari ni sedap & wangi, ambik masa nk sediakan tp rasanya mmg puas hati :)


Created on : 24-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi tulip77




Bahan-bahan ( 8 org )

  • * Bahan dikisar halus *
  • 20 tangkai lada kering
  • 4 biji lada besar merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
  • * Bahan disangai dan dikisar sekali*
  • 1 1/2 sb ketumbar
  • 1 sb jintan halus
  • 3 biji buah keras
  • * Bahan yang lain *
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bwg besar dimayang
  • 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
  • rempah tumis 4 beradik
  • 1 sk halba
  • 1 sk biji sawi
  • 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
  • garam,gula & serbuk perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
  2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
  4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
  5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
  6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

Tag

ayam kari









Laporan Masakan Bergambar (5)

Kari_ayam___kentang
27-05-2008
Buat untuk last night dinner. Lepas tu makan ngan roti jala. Sedap.
Laporan oleh: hazila

tq hazila :)

31012009_002_
05-02-2009
salam kak, TQ for the resipi, saya dah try memang sedap
Laporan oleh: {ida}
P1020075
29-12-2009
salam..wat utk mkn tgh ari..jamu mak metua dtg...tq sifu.
Laporan oleh: Mariani(KT)
Kari_ayam
12-12-2010
puas hati sgt ngan resepi nie...thanks
Laporan oleh: rosemaria
2011-07-25_15
25-07-2011
thanks so much for the recipe. slalu wat kari ayam cam ada tak kena je tp kali ni agak berpuas hati. cuma pedas skit mgkin sebab cabai kering jenis pedas. apapun thanks again! :)
Laporan oleh: lollingwithliana

Komen (28)

24-08-2007, Lynne komen :

Nampak sungguh menyelerakan.


24-08-2007, tulip77 komen :

lynne ada masa & klu rajin leh try :)


01-12-2007, inuyaharaf komen :

nk try..nk try..


27-05-2008, rossman komen :

cicah dgn roti canai or roti sodap nieee... Meleleh air liur


12-07-2008, saisha komen :

nyum-nyum sodapnyo esok nk masak lah unyuk family


06-09-2008, rosrasli komen :

Petang ni bercadang nak wat murtabak, so kalau gandingkan ngan kari aym ni mesti sesuai sesangat kan...


05-11-2008, marianie komen :

Hari mggu ni nak msk la kari ayam...tiba2 pulak nak makn kari ayam..hehehehe5


13-01-2009, zsa_zsa komen :

wow sedap ni. tulip, jintan halus tu jintan putih kan? hehehe..


01-02-2009, whb9594 komen :

kalau tak cukup bahan2 tu tak sodap ke agaknya.....


17-05-2009, azatie komen :

rempah tumis 4 bradik tu apa ek?ke yg kita letak masa msk kari ikan?klau bkn kt mn blh dpt?klau sape2 yg tau tlg jwbkn ek...


03-09-2009, sasha_frmx komen :

apsal susah sangat nak masak kari ayam nie....


21-09-2009, kecikcomel komen :

mcm mane rupa lada besar merah tu?..lada besar merah sama tak dengan lada benggala merah... sapa2 tau tolonglah jawab..


20-11-2009, aisya maisara komen :

aisya dh wat kari ni mmg best sgt...jamu kwn2 hb dtg rumah siap tambah2 lg dan puji sedap..


09-12-2009, anasham komen :

rempah tumis 4 beradik : kulit kayu manis + bunga lawang+bunga cengkih + buah pelaga,kalau x silap la


01-03-2010, ira 5best komen :

ada sape2 thu asal pulut kuning


01-03-2010, karambit komen :

warna kuning tu pemberian maharaja cina kepada raja melaka iatu sultan masor syah,kerana perkahwinan puteri hang li po dgn sulan disebut,,oleh kerana dah serasi dengan warna tersebut,,sultan ni menitahkan warna ni digunakan sebagai lambang kebesaran sultan,,termasuk lah makanan,,tu lah sejarah nya,,hehe


02-04-2010, esmeralda komen :

sy nak tye kalo x letak rempah tumis 4 beradik tu x bleh ke?


04-05-2010, jerukmaman komen :

sebelum ni jarang buat kari ayam sebab asyik x sedap jer bila makan tapi sejak dapat resepi dari tulip ni selalu buat n sedap sangat, tq yer..semalam buat lagi dengan daging tulang pulak, pun sedap!!


16-10-2010, princess92 komen :

sory kak, sb tu ape eh?? sk tu pulak ape??


17-10-2010, Den komen :

Hi Princess92 sb - sudu besar sk - sudu kecil Hari ini cuba masak kari ayam. Lepas solat isyak prepare semua bahan bahan atas meja. Terus masak cepat 1 jam saja semua dah masak dengan pulut kuning sekali, semua ambil recipe dari Myresipi.com. Habis masak terus makan, sedap sekali sampai jilat jari. Sekarang ini tak boleh terus tidur sebab terlalu kenyang. Rest dulu. TERIMA KASEH. Shukur Alhamdullilah saya dapat web ini. Selalu masak kari ayam tak sesedap ini. Tangan dah basuh maseh bau kari ayam.


10-02-2011, zuraikram komen :

saya pun slalu masak kari xjadi suami komen xsedap,tapi hri ni dah jumpa resepi baru ni kena try ni,tapi ketumbar tu ape ek?


13-08-2011, ziera_eddy komen :

salam..ape maksud rempah tumis 4 beradik..sy ni sgtla xtw pasal masak memasak..harap dpt bg tw yer =)


13-08-2011, ziera_eddy komen :

remaph tumis 4 beradik 2 nak letak byk mane


13-08-2011, abdulwahub komen :

L,,C,,K,,,P,,,,,,,,,AWAK cari maksudnya la,,,bagi klu je,,,,,,,,,,letak la agak2 hehehehehehe


12-09-2011, fizanes komen :

Dah buat dah kari ayam nie utk Open House..memang mantop dipuji tetamu...makan ngan roti jala and mee...tak sempat nak catch picture.... thanks for the recipe...


10-11-2011, Gina Azlina komen :

jintan halus = Jintan Putih ker.... saya tengok kat kedai lar sumer nyer serbuk.... lagi senang.... tapi sukatan nyer dah len kar? @ nak agak2 jer....


13-04-2012, MrDaing komen :

mmg sedappppp.. isteri sy pun suka masakan sy dari resipi ini.. tq...


13-04-2012, faizanoor komen :

try la..djamin sdp..ms nila nk belajar nama setiap rempsh ratus..hahaha


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd